Kesihatan dan Kecergasan adalah disiplin bidang yang memberi tumpuan kepada interaksi aktiviti senaman, pemakanan dan kesihatan. Beberapa penemuan kajian telah mendapati punca penyakit adalah disebabkan oleh gaya hidup manusia. Program secara klinikal dalam bidang ini memberikan kemudahan dan personel yang terlatih untuk menilai faktor risiko penyakit dan mencadangkan perubahan gaya hidup yang sesuai diamalkan bagi mengurangkan risiko penyakit. Penyelidikan dalam bidang ini dan fisiologi senaman menunjukkan bahawa aktiviti senaman, makanan dan pengawalan stress meyumbang kepada tahap kesihatan yang baik bagi individu. Objektif utama pengkaji dan pengamal dalam bidang ini adalah untuk meningkat jangka hayat manusia dan kualiti kehidupan. Beberapa hasilan penyelidikan menunjukkan senaman dalam tahap biasa dapat membantu meningkat objektif yang dimaksudkan. Kajian ini juga menyatakan semua gaya hidup yang mengamalkan aktiviti dalam tahap yang sama secara kerap dapat ...
PERSIARAN YopYB