Aktiviti sukan yang dipertandingkan secara kompetitif sebenarnya telah lama terdedah kepada politik dan mempunyai hubungan dengan politik sejak sekian lama. Definisi politik dalam konteks sosiologi adalah merujuk kepada satu proses dimana KUASA diguna dan diperoleh dalam kitaran kehidupan manusia. Sesebuah kerajaan dirujuk sebagai satu badan formal yang mempunyai peringkat kuasa membuat dan menggubal undang-undang yang bertujuan untuk difahami dan dipatuhi oleh masyarakat. Kuasa yang dimiliki ini kemudianya dikuatkuasakan dan perlu dipatuhi dan dihormati.
Kajian sosiologi dalam bidang politik ini banyak bertumpu kepada bagaimanan perundangan dan polisi mempengaruhi kehidupan masyarakat. Kini kajiannya telah mula berubah dan arah tujunya juga fokus dan cenderung untuk memahami kepetingan kuasa dan pengaruhnya kepada nilai dan pemikiran semasa.
Dengan perkataan yang mudah kuasa yang ada melalui pengaruh politik yang dimiliki dapat mempengaruhi sesuatu sukan melalui organisasi dalam membina dan membentuk nilai, ganjaran dan budaya dipelbagai peringkat. Perkaitan politik ini juga bukan hanya berlaku dalam organisasi sukan semata-mata malah boleh menjangkau sempadan negara dan lautan dan kadang kala mampu menjadi elemen pendamai dalam negara bergolak melalui perpaduan dalam aktiviti sukan.
Yop: Agar sukar untuk mengikis elemen kuasa dan politik dalam sukan..
Comments
Post a Comment