Fisiologi senam adalah satu disiplin bidang yang bertumpu kepada kajian proses fisiologi badan manusia yang membantu dalam setiap lakuan pergerakan. Bagi memahami situasi ini dengan lebih mendalam pengkaji melakukan kajian mengenai saraf otot, sistem kardiovaskular dan sistem respiratori manusia. Kefahaman mengenai bagaimana sistem ini berfungsi dan bertindak balas bagi memenuhi keperluan fizikal menjadi penyebab utama bagi pengkaji dalam bidang ini.
Tumpuan utama pengkaji adalah ingin memahami bagaimana badan menghasil dan meningkatkan keupayaan tenaga, membekalkan nutrient, perkumuhan, melepaskan haba dan adaptasi otot terhadap rejim latihan. Melalui kajian yang dijalankan ini pengkaji dalam bidang ini sentiasa mencari kaedah yang paling berkesan dalam teknik latihan serta faktor-faktor yang menjejaskan kesihatan melalui kefahaman yang baik mengenai fisiologi dan mekanisma biokimia yang berkaitan dengan kekuatan, kuasa dan ketahanan otot.
Bagi mereka yang pernah mempelajari kursus ini ianya menuntut asas pengetahuan yang baik dalam ilmu fizik, kimia, biokimia, anatomi dan juga biologi,
Yop: Mahu jadi Exercise Physiologist..............
Comments
Post a Comment