Psikologi sukan secara teorinya perlu dilihat mempunyai dua perspektif yang berbeza dimana objektif pertamanya adalah bertujuan untuk memahami kesan psikologi terhadap tingkah laku atlet dalam sukan. Untuk memahami hubungan tingkahlaku yang dimaksudkan pengkaji dalam bidang ini menjalankan kajian untuk memahami mengenai kesan pengaruh personaliti, keyakinan diri, motivasi, gementar dan juga kesan penglibatan atau penolakan dari terlibat dalam sebarang aktiviti sukan.
Objektif yang kedua pengkaji dalam bidang ini sangat berminat dalam peningkatan psikologi yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan sukan. Pendekatan ini boleh dilihat sebagai satu petunjuk dan perubahan positif yang berlaku dalam diri atlet dalam menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar, potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Beberapa penemuan kesan psikologi ini memberi manfaat kepada penglibatan dalam aktiviti sukan. Salah satunya seperti peningkatan keyakinan diri dan kefahaman konsep kendiri yang dapat membantu pengekalan penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan.
Terdapat tiga cabang utama bagi pengamal psikologi sukan iaitu klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Sebagai seorang pengamal psikologi perlu mempunyai latarbelakang akademik yang berkaitan dengan psikologi, psikiatri dan bidang berkaitan. Pengamal juga perlu mempunyai pengalaman bekerja dengan atlet dan jurulatih.
Dua badan awal yang utama dan bertindak sebagai badan professional dalam bidang psikologi sukan di dunia adalah North American Society for Psychology of Sports & Physical Activities (NASPSPA) dan Association for the Advancement of Applied Sports Psychology (AAASP). Kedua-dua badan ini diiktiraf oleh American Psychology Association (APA) dan juga mengiktiraf psikologi sukan sebagai salah satu sub disiplin dalam bidang psikologi.
Yop: Sedang meningkatkan keyakinan diri dan perubahan sikap melalui penulisan..
Comments
Post a Comment