Skip to main content

SUKAN DAN MEDIA

Jika berbicara mengenai media pasti medium yang terlintas difikiran kita sudah pasti melibatkan akhbar, radio, televisyen dan internet. Dalam kehidupan kita media adalah sebahagian dari kehidupan seharian dan kita menerima media dari perspektif berbeza mengikut individu. Semua input yang diperolehi dari media yang dibaca, dilihat dan didengar merupakan aspek penting bagi kehidupan yang membentuk satu pengalaman.
 
Media mampu membentuk dan mempengaruhi cara kita berfikir terhadap pekara yang berlaku disekeliling kita, kita menggunakan imej media dan maklumat dan dalam masa menafsir pekara yang berlaku dan juga mejangka peristiwa masa depan. Kita juga menggunakan media bagi  membentuk pemikiran mengenai sesuatu pekara mengenai pelabagai isu seperti hubungan, politik dan juga mengenai produk. Keadaan tidak bermaksud manusia boleh dilabelkan sebagai hamba kepada media keranan kebergantungan kita kepadanya.
 
Media tidak memberitahu kita bagaimana kita harus berfikir tetapi ianya mampu mempengaruhi apa yang kita fikirkan. Kehidupan kita seharian sememangnya tidak dapat lari dari terjahan maklumat dari pelbagai medium media, bayangkan jika elemen media ini tidak wujud mungkin hidup kita juga kini amat berbeza.
 
Sukan dan media mempunyai perkaitan yang sangat rapat dalam kehidupan kita. Program sukan merupakan segmen yang sangat penting bagi "content" media dan semua aktiviti sukan bergantung kepada media bagi tujuan publisiti dan penjanaan keuntungan. Cuma kita juga patut mahir dan matang melihat perkembangan media untuk pembangunan sukan di Malaysia.


Yop: Sukan tanpa media pastinya mengubah cara kita melihat sukan..



Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PENGAJIAN SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA

  Jika berminat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan rekreasi di Malaysia, sudah pastinya ada beberapa pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian ini bagi yang berminat. Jika dilihat dari pengenalan kursus ini universiti perintis yang memulakanya program ini bermula dengan pengenalan program diploma di Institut Teknologi MARA pada tahun 1996 dan program peringkat ijazah sarjana muda di Pusat Sukan Universiti Malaya. Kini program ini sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia apabila kepentinganya dilihat setaraf dengan keperluan tenaga kerja terlatih di sektor lain yang lebih mencabar. Jika dilihat perkembangan posifiT ini memberi peluang kepada masyarakat terutama yang bergiat aktif dalam sukan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sejajar dengan strategi Dasar Sukan Negara untuk menghasil personel dan atlet yang memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains sukan di Malaysia. Yop menyenaraikan beberapa program berkaitan yang diperk...

PENGURUSAN FASILITI

Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.  Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002) Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan ...

PERSAMAAN TARAF SIJIL SAINS SUKAN TAHAP 1,11 & 3 DI MALAYSIA

Akademi KejurulatihanKebangsaan (AKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi melatih dan memberikan pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan di Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih sepenuh masa atau sambilan mereka perlu memiliki persijilan ini sebagai satu bentuk lesen dan pengiktirafan yang diberikan kepada jurulatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Yang menariknya dari sumber maklumat yang Yop baca dari laman web Majlis Sukan Negara bagi  mereka yang mempunyai latarbelakang dalam pengajian sukan boleh memohon PERSAMAAN TARAF sijil sains sukan ini bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hinggalah kepada Phd,  info mengenai persamaan taraf seperti maklumat  berikut : Ijazah dalam Sains Sukan(MAJOR ATAU ELEKTIF) atau Pendidikan Jasmani ( MAJOR ATAU   ELEKTIF) atau yang setara dengannya di sama tarafkan dengan TAHAP I Ijazah Sarja...