Pemasaran adalah merupakan fungsi organisasi dan rangkaian proses bagi
mencipta, berkomunikasi, dan menghasilkan nilai kepada pelanggan, rakan kongsi
dan masyarakat amnya serta mengurus perhubungan dengan pelanggan yang
memberi faedah kepada organisasi tersebut dan mereka yang berkepentingan
(AMA).
Jika diamati konsep
Pemasaran Sukan ini adalah berdasarkan konsep pemasaran yang menggunakan
platform aktiviti sukan untuk tujuan keuntungan. Pemasaran juga boleh
didefinasikan sebagai satu aplikasi konsep pemasaran untuk produk sukan dan
perkhidmatan serta pemasaran produk-produk bukan sukan melalui organisasi untuk
sukan. Pemasaran sukan itu mempunyai dua ciri utama iaitu:
- Aplikasi amalan pemasaran umum untuk produk sukan berkaitan dan perkhidmatan
- Pemasaran produk pengguna dan industri yang lain atau perkhidmatan melalui sukan
Dua
aspek penting yang perlu diketahui bagaimana pemasaran sukan dilaksanakan
adalah:
- Pemasaran produk dan perkhidmatan sukan secara langsung kepada pengguna sukan termasuk peralatan sukan, pertandingan profesional, acara sukan dan kelab-kelab tempatan. Contoh yang mudah termasuk pengiklanan pasukan dalam bentuk aksi, publisiti untuk menggalakkan atlet, menjual tiket bermusim, dan membangunkan produk berlesen seperti pakaian sukan untuk dijual.
- Pemasaran melalui (through) sukan yang berlaku apabila produk dipasarkan melalui hubungan dengan aktiviti sukan. Contoh: seorang atlet profesional menjadi duta atau “endoser” minuman isotonik sukan, syarikat kormesial yang menaja acara sukan, atau bahkan sebuah syarikat produk makanan sukan mengatur dan mempunyai hak eksklusif untuk menyediakan produk itu di venue-venue sukan.
Yop: Pemasaran Sukan, adakah ianya satu eksploitasi keuntungan melalui sukan?
Comments
Post a Comment