Berdasarkan perkembangan sejarah,
sukan telah lama digunakan sebagai elemen hiburan (entertainment) dikalangan
masyarakat. Jika kita bandingkan perbezaan dahulu dan sekarang, sukan kini
telah berada pada era komersial yang begitu menguntungkan didunia. Beberapa perkembangan terkini dimana kekuatan
ekonomi dan pengaruhnya mampu mendominasi sebarang keputusan dan hala tuju
aktiviti sukan melalui penglibatan syarikat-syarikat korporat. Kekuatan
ekonominya begitu memain peranan terhadap nilai atlet dan industry sukan itu
sendiri.
“Sukan bukan sahaja sebagai satu peluang perniagaan yang besar tetapi
ianya adalah industri yang perkembang pesat di Amerika dan mempunyai potensi
kerana sukan ada dimana-mana. Ianya umpama mesin wang yang sentiasa berdecing”
(Ozanian, 1995)
Kejayaan Sukan diperingkat global
kini dinilai berdasarkan jualan tiket dan hasil keuntungan dari yuran perlesenan
produk (licensing), produk sukan (merchandise), hak penyiaran (media right) dan
hit di internet. Perlawanan dan acara sukan dinilai dengan pegangan saham,
rating dan potensi serta peluang pengiklanan. Atlet pula dinilai berdasarkan
peluang menjadi produk endorser dan kemunculan di media yang membawa sekali popularity
dan logo syarikat yang diwakilinya. Stadium, pasukan dan perlawanan juga
dinamakan berasaskan syarikat penaja dan bukanya bergantung lagi kepada prestij
dan sejarah sukan itu sendiri (naming right).
Sukan kini dipelopori oleh
kehendak syarikat koporat kerana kuasa ekonomi yang begitu besar sehinggakan
ianya boleh mempengaruhi hamper apa saja seperti warna pasukan, rekabnetuk seragam,
jadual perlawanan, bagaimana acara akan perlu dilaporkan oleh media dan apa
yang perlu dikatakan oleh pengulas juga telah ditentukan. Boleh dikatakan kini sukan
adalah sebuah entity perniagaan yang menguntungkan ianya secara lansung mempounyai hubungan
dengan pemasaran dan proses pengukuhan kuasa kapitalis.
Nilai industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun 2008 bernilai USD
213 billion iaitu lebih dua kali ganda daripada industri kenderaan dan tujuh
kali ganda lebih besar daripada industri perfileman (Sports Business Journal). Laporan
kajian tersebut juga telah menyatakan bahawa pendapatan yang diperolehi oleh
Amerika Syarikat dalam industri sukan melalui beberapa sektor-sektor utamanya.
Yop: Menunggu masa bilakah
Malaysia akan menjadi sebuah negara “Industri
Sukan”
Comments
Post a Comment