Skip to main content

SOSIOLOGI SUKAN: SATU PENGENALAN



 Mungkin tidak ramai yang tahu apakah yang dimaksudkan dengan bidang Sosiologi Sukan ini.  Kebanyakkan pengkaji dalam bidang  ini bersetuju bahawa bidang ini merupakan subdisiplin dari tunjang utama sosiologi yang mengkaji mengenai sukan dan perananya dalam perkembangan sosial dan budaya manusia. Tumpuan utama bagi kajian dalam bidang ini banyak tertumpu kepada aktiviti sukan yang berbentuk "Organized, Competitive Sports". Pengkaji dalam bidang ini juga mengadaptasikan teori sosiologi. konsep, dan menjalankan kajian bagi menjawab persoalan seperti:

  • Kenapa aktiviti sukan tertentu cenderung dipilih dan dikuasai kemahirannya oleh kumpulan atau bangsa tertentu.
  • Bagaimana aktiviti sukan dan penglibatan masyarakat melibatkan kehidupan manusia dan apakah kesan dan pengaruhnya kepada manusia dan bagaimana kita menafsirkan perkaitannya
  • Bagaimana kita melihat penglibatan dalam aktiviti sukan  memberi kesan kepada pemikiran dan kefahaman kepada tubuh badan dan juga perkaitan dengan isu-isu femininity, status, bangsa, kemampuan dan kurang upaya
  • Bagaimana organisasi sukan berkait rapat dengan hubungan sosial, keperluan sokongan dan dinamik kuasa dalam sukan
  • Bagaimana sukan berkait rapat dengan kehidupan manusia seperti kehidupan sosial seperti keluarga pendidikan, politik, ekonomi, media dan agama.
  • Bagaimana manusia menggunakan pengetahuan dan ilmu bidang sukan dalam mewujud dan membentuk suasana dan persekitaran yang lebih baik dan demokratik.
Yop: Minat nak tahu peranan "politik" dalam sukan...BANYAK POLITIK DARI BERSUKAN

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PENGAJIAN SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA

  Jika berminat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan rekreasi di Malaysia, sudah pastinya ada beberapa pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian ini bagi yang berminat. Jika dilihat dari pengenalan kursus ini universiti perintis yang memulakanya program ini bermula dengan pengenalan program diploma di Institut Teknologi MARA pada tahun 1996 dan program peringkat ijazah sarjana muda di Pusat Sukan Universiti Malaya. Kini program ini sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia apabila kepentinganya dilihat setaraf dengan keperluan tenaga kerja terlatih di sektor lain yang lebih mencabar. Jika dilihat perkembangan posifiT ini memberi peluang kepada masyarakat terutama yang bergiat aktif dalam sukan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sejajar dengan strategi Dasar Sukan Negara untuk menghasil personel dan atlet yang memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains sukan di Malaysia. Yop menyenaraikan beberapa program berkaitan yang diperk...

PENGURUSAN FASILITI

Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.  Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002) Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan ...

PERSAMAAN TARAF SIJIL SAINS SUKAN TAHAP 1,11 & 3 DI MALAYSIA

Akademi KejurulatihanKebangsaan (AKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi melatih dan memberikan pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan di Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih sepenuh masa atau sambilan mereka perlu memiliki persijilan ini sebagai satu bentuk lesen dan pengiktirafan yang diberikan kepada jurulatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Yang menariknya dari sumber maklumat yang Yop baca dari laman web Majlis Sukan Negara bagi  mereka yang mempunyai latarbelakang dalam pengajian sukan boleh memohon PERSAMAAN TARAF sijil sains sukan ini bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hinggalah kepada Phd,  info mengenai persamaan taraf seperti maklumat  berikut : Ijazah dalam Sains Sukan(MAJOR ATAU ELEKTIF) atau Pendidikan Jasmani ( MAJOR ATAU   ELEKTIF) atau yang setara dengannya di sama tarafkan dengan TAHAP I Ijazah Sarja...