Skip to main content

TERTUBUHNYA PERSATUAN ALUMNI FSR UiTM

 
 
Logo Rasmi PAFSR UiTM
Persatuan Alumni Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Malaysia (PAFSR) adalah merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan bagi menghimpun semua graduan-graduan dari lulusan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) untuk bersama-sama persatuan bagi menjayakan agenda Persatuan yang bertindak sebagai sebuah organisasi sosial yang dapat menghubungkan semula ikatan dan ingatan kepada FSR.
 
Jawatankuasa Penaja PAFSR 2013-2014
PAFSR telah dengan rasmi ditubuh dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada 24 Jun 2013 dengan nombor pendaftaran PPM-006-10-24062013. PAFSR dizahirkan dari komitmen dan kesedaran akan pentingnya satu gerakan menghimpunkan semua graduan dalam satu persatuan. Usaha penubuhan ini dijayakan oleh sekumpulan graduan sulung FSR 96-98 yang merasa terpanggil setelah sekian lama FSR tidak mempunyai persatuan alumninya sendiri sejak sekian lama.

Bagi yang berminat untuk memohon menjadi ahli sila ke link disini: Permohonan Keahlian. 

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PENGAJIAN SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA

  Jika berminat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan rekreasi di Malaysia, sudah pastinya ada beberapa pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian ini bagi yang berminat. Jika dilihat dari pengenalan kursus ini universiti perintis yang memulakanya program ini bermula dengan pengenalan program diploma di Institut Teknologi MARA pada tahun 1996 dan program peringkat ijazah sarjana muda di Pusat Sukan Universiti Malaya. Kini program ini sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia apabila kepentinganya dilihat setaraf dengan keperluan tenaga kerja terlatih di sektor lain yang lebih mencabar. Jika dilihat perkembangan posifiT ini memberi peluang kepada masyarakat terutama yang bergiat aktif dalam sukan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sejajar dengan strategi Dasar Sukan Negara untuk menghasil personel dan atlet yang memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains sukan di Malaysia. Yop menyenaraikan beberapa program berkaitan yang diperkenal

PENGURUSAN FASILITI

Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.  Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002) Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan sese

PERSAMAAN TARAF SIJIL SAINS SUKAN TAHAP 1,11 & 3 DI MALAYSIA

Akademi KejurulatihanKebangsaan (AKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi melatih dan memberikan pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan di Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih sepenuh masa atau sambilan mereka perlu memiliki persijilan ini sebagai satu bentuk lesen dan pengiktirafan yang diberikan kepada jurulatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Yang menariknya dari sumber maklumat yang Yop baca dari laman web Majlis Sukan Negara bagi  mereka yang mempunyai latarbelakang dalam pengajian sukan boleh memohon PERSAMAAN TARAF sijil sains sukan ini bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hinggalah kepada Phd,  info mengenai persamaan taraf seperti maklumat  berikut : Ijazah dalam Sains Sukan(MAJOR ATAU ELEKTIF) atau Pendidikan Jasmani ( MAJOR ATAU   ELEKTIF) atau yang setara dengannya di sama tarafkan dengan TAHAP I Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan ata