Pengukuran prestasi (Performance Measurement) fasiliti kini menjadi satu agenda penting dan mula diberi perhatian khusus oleh para pengamal, ahli akademik dan pembuat polisi di negara-negara maju. Umumnya di Malaysia pengukuran keberkesanan ini masih belum diamalkan secara khusus kepada pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi yang terdiri daripada fasiliti yang diuruskan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ketiadaan satu pengukuran yang khusus terhadap keberkesanan pengurusan fasiliti ini telah mengakibatkan kegagalan dan ketidakcekapan dalam pengurusan fasiliti sukan dan rekreasi di Malaysia. Banyak laporan akhbar dan laporan-laporan ketua audit negara dikeluarkan bagi melapor situasi sebenar pengurusan sesebuah fasiliti sukan dan rekreasi. Sudah sampai masanya bagi pihak berkepentingan untuk menerap dan membangunkan satu model terbaik dalam mengukur prestasi setiap pengurusan fasiliti. Beberapa model Pengukuran keberkesanan terhadap prestasi fasil...
PERSIARAN YopYB