Skip to main content

PROGRAM PENGAJIAN SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA

 
Jika berminat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan rekreasi di Malaysia, sudah pastinya ada beberapa pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian ini bagi yang berminat. Jika dilihat dari pengenalan kursus ini universiti perintis yang memulakanya program ini bermula dengan pengenalan program diploma di Institut Teknologi MARA pada tahun 1996 dan program peringkat ijazah sarjana muda di Pusat Sukan Universiti Malaya. Kini program ini sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia apabila kepentinganya dilihat setaraf dengan keperluan tenaga kerja terlatih di sektor lain yang lebih mencabar.

Jika dilihat perkembangan posifiT ini memberi peluang kepada masyarakat terutama yang bergiat aktif dalam sukan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sejajar dengan strategi Dasar Sukan Negara untuk menghasil personel dan atlet yang memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains sukan di Malaysia.

Yop menyenaraikan beberapa program berkaitan yang diperkenalkan oleh universiti awam dan swasta dan tidak membuat perbandingan mengenai progarm yang ditawarkan oleh universiti terbabit. Usaha ini hanyalah sebagai  wadah perkongsian maklumat sahaja.

  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA - FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI
    • Diploma Pengajian Sukan
    • Dua Program Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Pengurusan Sukan dan Sains Sukan
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah
    • Rujukan KLIK di sini untuk maklumat lanjut dilaman web rasmi Fakulti dan KLIK di sini untuk laman web rasmi universiti 

  • UNIVERSITI MALAYA - PUSAT SUKAN 
    • Dua Program Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Pengurusan Sukan dan Sains Sukan
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah
    • Rujukan KLIK di sini untuk maklumat lanjut dilaman web rasmi Pusat Sukan dan KLIK di sini untuk laman web rasmi universiti 

  • UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - FAKULTI PENDIDIKAN
    • Sarjana Muda Pendidikan Kepujian (Sukan dan Rekreasi)
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah
    • Rujukan KLIK di sini untuk maklumat lanjut dilaman web rasmi Fakulti dan KLIK di sini untuk laman web rasmi universiti

  •  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - FAKULTI SAINS SUKAN & KEJURULATIHAN
    • Empat program Sarjana Muda Pendidikan Kepujian 
      • Sains Sukan
      • Sains Kejurulatihan
      • Pendidikan Jasmani
      • Pemulihan Sukan (Sports Rehabilitation)
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah
    • Rujukan KLIK di sini untuk maklumat lanjut dilaman web rasmi Fakulti dan KLIK di sini untuk laman web rasmi universiti

  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA - FAKULTI PENDIDKAN
    • Bacelor Pendidikan Kepujian (Pendidikan Jasmani)
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah
    • Rujukan  KLIK di sini untuk maklumat di laman web rasmi universiti

  •  UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - FAKULTI PENDIDIKAN
    • Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kepujian (Sains Sukan)
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah
    • Rujukan KLIK di sini untuk maklumat lanjut dilaman web rasmi Fakulti dan KLIK di sini untuk laman web rasmi universiti

  •  OPEN UNIVERSITY MALAYSIA- FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    • Sarjana Muda Kepujian (Sains Sukan)
    • Pembelajaran Secara Online dan Sambilan
    • Direka untuk mereka yang bekerja dan memerlukan peningkatan dalam karier melalui pendidikan
    • Rujukan KLIK di sini untuk maklumat lanjut dilaman web rasmi Fakulti dan KLIK di sini untuk laman web rasmi universiti

  • UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA - Pusat Sains Kejurulatihan
    • Berdasarkan maklumat akan menawarkannya mulai September 2013
    • Program Sijil, Diploma dan Sarjana Muda
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah
    •  Rujukan KLIK di sini untuk maklumat lanjut dilaman web rasmi Fakulti dan KLIK di sini untuk laman web rasmi universiti

  •  UNIVERSITI UTARA MALAYSIA -Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia
    • Berdasarkan maklumat akan menawarkannya mulai September 2013
    • Program Diploma dan Sarjana Muda Pengurusan Golf
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah

  • UNIVERSITI LIM KOK WING - Faculty of Business Management & Globalization
    • Bachelor of Arts (Hons) in Sports, Health & Fitness Management
    • Program Siswazah - Sarjana Sains Sukan dan Doktor Falsafah
    • Rujukan  KLIK di sini untuk laman web rasmi universiti

  •  KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN (TAR COLLEGE) - School of Arts & Science
    • Diploma in Sports and Exercise
    • Rujukan  KLIK di sini untuk maklumat program di laman web rasmi universiti 

  •  JOHAN CRUYFF Institute Malaysia (JCIM) - Institute for Sport studies (Iskandar Johor)
    • Program Diploma
    • Program Ijazah Sarjana Muda Kepujian
    • Program Siswazah - Sarjana dan Doktor Falsafah
    • Rujukan dan KLIK di sini untuk maklumat dilaman web rasmi institut 
 Setakat ini sahaja yang maklumat yang dikumpulkan, mungkin yang membaca berkata banyaknya peluang dan tempat menimba ilmu dalam bidang ini. Cuma nasihat Yop adalah untuk sentiasa membuat semakan dan analisa telebih dahulu terhadap pemilihan inititusi berdasarkan minat dan latarbelakang yang sesuai dengan anda..

Yop: Wow..banyaknya peluang diluar sana...tunggu masa saje nak meminang..he.he

Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN FASILITI

Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.  Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002) Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan sese

PERSAMAAN TARAF SIJIL SAINS SUKAN TAHAP 1,11 & 3 DI MALAYSIA

Akademi KejurulatihanKebangsaan (AKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi melatih dan memberikan pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan di Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih sepenuh masa atau sambilan mereka perlu memiliki persijilan ini sebagai satu bentuk lesen dan pengiktirafan yang diberikan kepada jurulatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Yang menariknya dari sumber maklumat yang Yop baca dari laman web Majlis Sukan Negara bagi  mereka yang mempunyai latarbelakang dalam pengajian sukan boleh memohon PERSAMAAN TARAF sijil sains sukan ini bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hinggalah kepada Phd,  info mengenai persamaan taraf seperti maklumat  berikut : Ijazah dalam Sains Sukan(MAJOR ATAU ELEKTIF) atau Pendidikan Jasmani ( MAJOR ATAU   ELEKTIF) atau yang setara dengannya di sama tarafkan dengan TAHAP I Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan ata