Skip to main content

PERSAMAAN TARAF SIJIL SAINS SUKAN TAHAP 1,11 & 3 DI MALAYSIA





Akademi KejurulatihanKebangsaan (AKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi melatih dan memberikan pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan di Malaysia.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih sepenuh masa atau sambilan mereka perlu memiliki persijilan ini sebagai satu bentuk lesen dan pengiktirafan yang diberikan kepada jurulatih yang berjaya menamatkan kursus ini.

Yang menariknya dari sumber maklumat yang Yop baca dari laman web Majlis Sukan Negara bagi  mereka yang mempunyai latarbelakang dalam pengajian sukan boleh memohon PERSAMAAN TARAF sijil sains sukan ini bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hinggalah kepada Phd,  info mengenai persamaan taraf seperti maklumat  berikut :

  1. Ijazah dalam Sains Sukan(MAJOR ATAU ELEKTIF) atau Pendidikan Jasmani ( MAJOR ATAU   ELEKTIF) atau yang setara dengannya di sama tarafkan dengan TAHAP I
  2. Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya
    di sama tarafkan denganTAHAP II
  3. Doktor Falsafah dalam Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya
    di sama tarafkan dengan TAHAP III 
Permohonan untuk setiap tahap dikenakan yuran sebanyak RM 50.00 sahaja dan setelah lembaga menimbangkan permohonan,  kelulusan akan diperolehi dalam jangka masa 3 bulan dari tarikh permohonan.

Yop menyarankan agar semua para lepasan dalam bidang sains sukan di Malaysia ini merebut peluang ini sebagai satu nilai tambah kepada persijilan sedia ada dalam menyediakan guna tenaga dalam bidang kejurulatihan yang diiktiraf diperingkat kebangsaan dan antarabangsa kelak. Kalau ada yang ingin memohon dapat borang di sini , isi dan hantar ke alamat kepada berikut:

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
UNIT PENDIDIKAN SAINS KEJURULATIHAN(UPSK)
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 8992 9600 (MSNM)
: 03 – 8992 9849 ( Caw. Kejurulatihan )
: 03 - 89929010 (Pejabat Unit UPSK)
Fax : 03 - 8996 6203

P/S: Cuma Yop nak tanya kalau Diploma Sains Sukan macama mana taraf persamaanya..atau tak setaraf..

Comments

  1. PENDIDIKAN JASMANI di ipg boleh dapat sains sukan tahap 1?

    ReplyDelete
  2. ada ke patut degree 3-4 tahun sama dengan sijil 6 hari je..idea sape la ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROGRAM PENGAJIAN SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA

  Jika berminat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan rekreasi di Malaysia, sudah pastinya ada beberapa pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian ini bagi yang berminat. Jika dilihat dari pengenalan kursus ini universiti perintis yang memulakanya program ini bermula dengan pengenalan program diploma di Institut Teknologi MARA pada tahun 1996 dan program peringkat ijazah sarjana muda di Pusat Sukan Universiti Malaya. Kini program ini sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia apabila kepentinganya dilihat setaraf dengan keperluan tenaga kerja terlatih di sektor lain yang lebih mencabar. Jika dilihat perkembangan posifiT ini memberi peluang kepada masyarakat terutama yang bergiat aktif dalam sukan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sejajar dengan strategi Dasar Sukan Negara untuk menghasil personel dan atlet yang memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains sukan di Malaysia. Yop menyenaraikan beberapa program berkaitan yang diperkenal

PENGURUSAN FASILITI

Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.  Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002) Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan sese