Skip to main content

16 TAHUN YANG BERJASA: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI


FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI, Universiti Teknologi MARA Shah Alam adalah merupakan sebuah fakulti yang terunggul dalam kelasnya dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi di Malaysia. Memulakan program pertamanya pada tahun 1996 dengan ambilan pertama seramai 250 orang kini telah melahirkan lebih 4000 orang graduan berjaya yang menjawat pelbagai jawatan di sektor awam dan industri sukan dan rekreasi di Malaysia.

Dato Sabree Salleh Mantan Dekan

Awal penubuhanya fakulti ini telah diketuai oleh Dekan pertamanya Grand Master Dato Sabree Salleh yang telah berusaha gigih bersama para pensyarah kumpulan pertama seperti Prof.Madya Hj Mustapha Yen dan ramai lagi yang terlibat secara lansung dan tidak lansung. Kemuncak kejayaan program ini, pada tahun 1998 kumpulan pertama pelajar dari program ini seramai 200 orang, telah berjaya menamatkan pengajian diploma dari empat bidang utama yang ditawarkan ketika itu. Antara program yang ditawarkan ketika itu adalah program 1) Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi (SU11) 2) Diploma Pengurusan Kesenggangan (Leisure) (SU12) 3) Diploma Pengajian Sukan (SU13) dan Diploma Kesihatan dan Kecergasan (SU14).


Sebahagian Graduan Sulung Program Diploma FSR 1998

Fakulti mengorak langkah kehadapan pada Disember 1999 dengan memulakan dua program baru peringkat Sarjana Muda dengan pengambilan pertamanya seramai 200 orang pelajar. Kumpulan pertama ini berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang Pengurusan Sukan dan Sains Sukan pada tahun 2001 dan bergraduat pada tahun 2002.



FSR Stadium Shah Alam (99-03)
Lakaran Artis FSR Seremban 3 (2014)
Perkembangan fakulti di peringkat permulaan beroperasi di bangunan kompleks sukan ITM (Ketika itu) dan dinamakan sebagai Kajian Sains Sukan dan Rekreasi. Setelah ITM dinaik taraf sebagai universiti pada tahun 1999 dan UiTM mempunyai aktanya sendiri, Akta Universiti Teknologi MARA (Akta 173), fakulti kemudianya dikenali sebagai Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi sehingga kini. Kepayahan dan usaha gigih pengurusan fakulti dan para pelajar ketika itu berbayar apabila buat julung kalinya fakulti mempunyai kompleks sendiri dengan perpindahan ke Stadium Shah Alam dan berpindah sekali lagi ke bangunan Akademik 3 pada sekitar tahun 2003.

Terkini fakulti telah mengembangkan sayap program dengan penubuhan beberapa program dibeberapa Kampus Negeri yang dimulakan pertamanya di Kampus Arau Perlis (2003) dan diikuti oleh Kampus Samarahan Sarawak (2003), Kampus Jengka Pahang (2009), Kampus Puncak Alam (2012-SR111) dan Kampus Seremban 3 dijangkaan pada tahun 2014. Kakitangan Fakulti kini telah menjangkau lebih 100 orang dan diharapkan akan terus berkembang dengan kemasukan dan lantikan pensyarah baru dari program Tenaga Pengajar Muda (TPM) dari masa ke semasa.

Moga apsirasi dan perkembangan positif ini dapat dikongsi bersama oleh semua Alumni Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, bahawa institusi dan fakulti ini telah menyumbang bakti dan menumpahkan keringatnya menjadi kita sebagai insan berilmu dan berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. 

Marilah kita bersama bersatu dan kembali menyumbangkan bakti kepada FSR dengan menyokong dan menyumbang kepada perkembangan fakulti, tidak kira dalam apa jua bentuk sumbangan. Moga pertolongan kita bersama dapat membantu kepada perkembangan dan kesinambungan fakulti dan generasinya ke arah kecemerlangan yang  berterusan..Insyallah..Ayuh..Kembalilah Para Alumni membantu dan membangun bersama FSR.

Yop: Mana agaknya kawan kawan lama Yop, lama benar dah tak jumpa, lama sungguh kalian menyepi...sayu juga menulis catatan ini...terkenang kesusahan dan zaman belajor bawah pokok dan DEWAN Seri Ketuhar..banyak kenangannya...kome macam mana..


Comments

  1. Well narrated Yob... Proud to be part of the 1st batch FSR community. Abe...

    ReplyDelete
  2. Hidup FSR..aku bangga jadik sportrec :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROGRAM PENGAJIAN SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA

  Jika berminat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan rekreasi di Malaysia, sudah pastinya ada beberapa pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian ini bagi yang berminat. Jika dilihat dari pengenalan kursus ini universiti perintis yang memulakanya program ini bermula dengan pengenalan program diploma di Institut Teknologi MARA pada tahun 1996 dan program peringkat ijazah sarjana muda di Pusat Sukan Universiti Malaya. Kini program ini sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia apabila kepentinganya dilihat setaraf dengan keperluan tenaga kerja terlatih di sektor lain yang lebih mencabar. Jika dilihat perkembangan posifiT ini memberi peluang kepada masyarakat terutama yang bergiat aktif dalam sukan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sejajar dengan strategi Dasar Sukan Negara untuk menghasil personel dan atlet yang memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains sukan di Malaysia. Yop menyenaraikan beberapa program berkaitan yang diperk...

PENGURUSAN FASILITI

Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.  Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002) Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan ...

PERSAMAAN TARAF SIJIL SAINS SUKAN TAHAP 1,11 & 3 DI MALAYSIA

Akademi KejurulatihanKebangsaan (AKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi melatih dan memberikan pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan di Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih sepenuh masa atau sambilan mereka perlu memiliki persijilan ini sebagai satu bentuk lesen dan pengiktirafan yang diberikan kepada jurulatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Yang menariknya dari sumber maklumat yang Yop baca dari laman web Majlis Sukan Negara bagi  mereka yang mempunyai latarbelakang dalam pengajian sukan boleh memohon PERSAMAAN TARAF sijil sains sukan ini bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hinggalah kepada Phd,  info mengenai persamaan taraf seperti maklumat  berikut : Ijazah dalam Sains Sukan(MAJOR ATAU ELEKTIF) atau Pendidikan Jasmani ( MAJOR ATAU   ELEKTIF) atau yang setara dengannya di sama tarafkan dengan TAHAP I Ijazah Sarja...