Pengukuran prestasi (Performance Measurement) fasiliti kini
menjadi satu agenda penting dan mula diberi perhatian khusus oleh para
pengamal, ahli akademik dan pembuat polisi di negara-negara maju. Umumnya di Malaysia pengukuran keberkesanan ini masih belum diamalkan secara khusus kepada pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi yang terdiri daripada fasiliti yang diuruskan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Ketiadaan satu pengukuran yang khusus terhadap keberkesanan pengurusan fasiliti ini telah mengakibatkan kegagalan dan ketidakcekapan dalam pengurusan fasiliti sukan dan rekreasi di Malaysia. Banyak laporan akhbar dan laporan-laporan ketua audit negara dikeluarkan bagi melapor situasi sebenar pengurusan sesebuah fasiliti sukan dan rekreasi.
Sudah sampai masanya bagi pihak berkepentingan untuk menerap dan membangunkan satu model terbaik dalam mengukur prestasi setiap pengurusan fasiliti. Beberapa model Pengukuran keberkesanan terhadap prestasi fasiliti sukan, rekreasi dan kesenganggan yang digunakan oleh negara-negara maju boleh dijadikan rujukan sebagai alat pengukuran keberkesanan pengurusan fasiliti, antaranya seperti;
I.
“National
Benchmarking Services (NBS)” - Sport England
II. “CERM
Performance Indicator” (CERM PI) - “Center of Environmental Studies andRecreation Management (CERM)” di University of South Australia
III.
“Yardstick”
– New Zealand Recreation Association (NZRA)
IV.
APSE
Performance Network - ASPE
Model-model yang dinyatakan ini
kebanyakannya menjurus kepada pengukuran prestasi sesebuah fasiliti sukan,
rekreasi dan kesenganggan yang diuruskan pihak berkuasa tempatan, agensi
kerajaan dan syarikat swasta berdasarkan pentunjuk prestasi kepenggunaan,
kualiti perkhidmatan pengurusan operasi fasilti dan prestasi kewangan.
Yop: Sampai bila kita mahu mendengar pengurusan fasiliti sukan dan rekreasi di Malaysia berada dalam keadaan yang tidak memuaskan..apa kata kome...
Comments
Post a Comment