Skip to main content

Posts

NEGARA IMPIAN SI PEMILIH

Agak lama tidak berbicara kerana kering idea dan bergelut masa. Rata rata kini rakyat telah mula bersuara dan lebih terbuka kali ini menyuarakan pandangan dan pendapat, negara yang bagaimana yang mereka mahu, Secara bebas di laman laman sosial tergambar dengan jelas rasa puas dan gembira yang amat sangat bila segalanya telah berubah. Begitu kuat sekali hentakan perubahan arus kepimpinan negara yang berubah semalaman bagi saya ianya satu kejutan, Agak janggal dimedia melihat wajah-wajah kepimpinan baru terpapar dikaca tv seperti dalam mimpi. Apa pun yang semalam telah berakhir tapi jangan dilupa tanpa semalam tiadalah hari ini. Suatu yang menarik dapat dilihat semasa PRU 14 kali ini kebangkitan orang muda sangat dirasai jarang sebelum ini dilihat ramai anak muda keluar mengundi. Di jalanraya sebelum hari mengundi seolah seperti pesta balik raya, ramai yang pulang mengundi dengan semangat mahu menyelamatkan negara. Hari ini satu persatu pekara diteliti disemak dicatu dan ada juga y...
Recent posts

TERIMA KASIH PENAJA DAN RAKAN STRATEGIK SPORTS FEISTA@FSR 2015

PENAJA  RAKAN STRATEGIK

SPORTFIESTA@FSR 2015: BERLANSUNG DENGAN JAYA

SportFiesta@FSR merupakan cetusan idea penulis bagi pelajar yang mengambil kursus SMG252-Pengurusan Acara.  Program ini merupakan acara wajib yang perlu dianjurkan oleh pelajar bagi melengkapkan penilaian berterusan kerja kursus. SportsFiesta@FSR merupakan satu konsep acara yang menggabung dan menghimpun semua acara pelajar di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam dibawah satu nama. Kesemua program yang dikenalpasti telah dijadualkan berlangsung selama tiga hari dan melibatkan pelabagi program pelajar dari SR241 dan SR243 bagi semester ini. Adalah diharapkan melalui pengenalan kepada SportFiesta ini boleh diteruskan dimasa akan datang dimana ianya dapat membantu melancar dan mengkoordinasi semua acara pelajar dalam masa yang sama. Dari aspek penganjuran pula pengurusan venue, peralatan, persiapan, teknikal dan penajaan boleh diuruskan oleh pelajar SMG252 manakala urusan pengisian program diuruskan secara fokus oleh semua program yang dijemput bernaung dibawa...

DASAR & STRUKTUR ORGANISASI SUKAN DI MALAYSIA: SAYA TAK TAU CIK......

Lakaran kuliah tempoh hari Sebagai seorang pelajar yang mengikuti kursus berkaitan sukan dan rekreasi seharusnya mereka didedahkan dengan maklumat penting yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sukan di Malaysia. Memahami wujudnya dasar sukan yang menjadi tunjang utama kepada pembangunan sukan di Malaysia adalah satu wajib. Mengetahui dengan tepat agensi utama yang berkaitan dan bertanggungjawab kepada pembangunan sukan bukan menjadi soal harus tetapi wajib diketahui. Berkesempatan menguji pengetahuan pelajar berkaitan pekara diatas, begitu mengejutkan hampir satu kelas tidak mengetahui bahawa di Malaysia ada Dasar dan juga Akta berkaitan Sukan. Bila ditanya lagi mengenai agensi berwajib yang bertanggungjawab pastinya mereka mengenali KBS, nasib baik mereka tahu. Tetapi maklumat itu hanya setakat tahu wujudnya KBS, lebih dalam mengenainya dan apakah agensi lain di bawahnya juga mengecewakan.  Bertanya pula mengenai dasar dan akta yang ada maka terlopong mulu...

KESIHATAN DAN KECERGASAN

Kesihatan dan Kecergasan adalah disiplin bidang yang memberi tumpuan kepada interaksi aktiviti senaman, pemakanan dan kesihatan. Beberapa penemuan kajian telah mendapati punca  penyakit adalah disebabkan oleh gaya hidup manusia. Program secara klinikal dalam bidang ini memberikan kemudahan dan personel yang terlatih untuk menilai faktor risiko penyakit dan mencadangkan perubahan gaya hidup yang sesuai diamalkan bagi mengurangkan risiko penyakit. Penyelidikan dalam bidang ini dan fisiologi senaman menunjukkan bahawa aktiviti senaman, makanan dan pengawalan stress meyumbang kepada tahap kesihatan yang baik bagi individu.  Objektif utama pengkaji dan pengamal dalam bidang ini adalah untuk meningkat jangka hayat manusia dan kualiti kehidupan. Beberapa hasilan penyelidikan menunjukkan senaman dalam tahap biasa dapat membantu meningkat objektif yang dimaksudkan. Kajian ini juga menyatakan semua gaya hidup yang mengamalkan aktiviti dalam tahap yang sama secara kerap dapat ...

PSIKOLOGI SUKAN

Psikologi sukan secara teorinya perlu dilihat mempunyai dua perspektif yang berbeza dimana objektif pertamanya adalah bertujuan untuk memahami kesan psikologi terhadap tingkah laku atlet dalam sukan. Untuk memahami hubungan tingkahlaku yang dimaksudkan pengkaji dalam bidang ini menjalankan kajian untuk memahami mengenai kesan pengaruh personaliti, keyakinan diri, motivasi, gementar dan juga kesan penglibatan atau penolakan dari terlibat dalam sebarang aktiviti sukan. Objektif yang kedua pengkaji dalam bidang ini  sangat berminat dalam peningkatan psikologi yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan sukan. Pendekatan ini boleh dilihat sebagai satu petunjuk dan perubahan positif yang berlaku dalam diri atlet dalam menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar, potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Beberapa penemuan ...

FISIOLOGI SENAM

Fisiologi senam adalah satu disiplin bidang yang bertumpu kepada kajian proses fisiologi badan manusia yang membantu dalam setiap lakuan pergerakan. Bagi memahami situasi ini dengan lebih mendalam pengkaji melakukan kajian mengenai saraf otot, sistem kardiovaskular dan sistem respiratori manusia. Kefahaman mengenai bagaimana sistem ini berfungsi dan bertindak balas bagi memenuhi keperluan fizikal menjadi penyebab utama bagi pengkaji dalam bidang ini. Tumpuan utama pengkaji adalah ingin memahami bagaimana badan menghasil dan meningkatkan keupayaan tenaga, membekalkan nutrient, perkumuhan, melepaskan haba dan adaptasi otot terhadap rejim latihan. Melalui kajian yang dijalankan ini pengkaji dalam bidang ini sentiasa mencari kaedah yang paling berkesan dalam teknik latihan serta faktor-faktor yang menjejaskan kesihatan melalui kefahaman yang baik  mengenai fisiologi dan mekanisma biokimia yang berkaitan dengan kekuatan, kuasa dan ketahanan otot. Bagi mereka yang pernah mem...