Agak lama tidak berbicara kerana kering idea dan bergelut masa. Rata rata kini rakyat telah mula bersuara dan lebih terbuka kali ini menyuarakan pandangan dan pendapat, negara yang bagaimana yang mereka mahu, Secara bebas di laman laman sosial tergambar dengan jelas rasa puas dan gembira yang amat sangat bila segalanya telah berubah.
Begitu kuat sekali hentakan perubahan arus kepimpinan negara yang berubah semalaman bagi saya ianya satu kejutan, Agak janggal dimedia melihat wajah-wajah kepimpinan baru terpapar dikaca tv seperti dalam mimpi. Apa pun yang semalam telah berakhir tapi jangan dilupa tanpa semalam tiadalah hari ini.
Suatu yang menarik dapat dilihat semasa PRU 14 kali ini kebangkitan orang muda sangat dirasai jarang sebelum ini dilihat ramai anak muda keluar mengundi. Di jalanraya sebelum hari mengundi seolah seperti pesta balik raya, ramai yang pulang mengundi dengan semangat mahu menyelamatkan negara.
Hari ini satu persatu pekara diteliti disemak dicatu dan ada juga yang diselongkar demi menyatakan ketelusan kempimpinan baru. Rakyat terpaku ternganga mendengar laporan dan cerita bagaimana tirisnya pentadbiran sebuah negara itu. Belum pernah belaku sebelum ini sejak 60 tahun yang lalu, kali ini agak keras.
Perubahan demi perubahan sedang dinanti oleh rakyat pastinya manifesto yang perlu ditunai dalam tempoh 100 hari perlu ditunai. Mohon yang memimpin tidak hanya melihat dan menunai kehendak yang dibawah tapi tinjau-tinjau juga kami yang dipertengahan. Yang dipertengahan juga tidak menerima tempias gula gula atau polisi berubah yang menguntungkan. Yang dipertengahan menerima dan diperah impak dari nak memberi yang dibawah.
Perjuangan Rakyat Dari Rakyat melihat gelombangnya belum pernah sekali melihat sokongan dan kegembiraan rakyat meyokong dan menyorak pemimpin NO.1 semasa mengangkat sumpah di istana. Memang pemimpin ini adalah harapan rakyat.
Cuma ingin mengingatkan agar kita tidak pernah lupa dan leka apa yang dicita hari ini tidak menjadi mimpi ngeri kita dihari esok. Elok elok bertindak merubah tapi jangan dikorban prinsip asas sebuah negara hingga terkorban hak majoritinya. Sama Sama kita beringat kawan...

Comments
Post a Comment