Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.
Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002)
Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan sesebuah kemudahan. Lazimnya kebanyakan kemudahan sukan yang dibina di Malaysia di uruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ataupun Perbadanan Stadium Negeri yang tidak berorientasikan keuntungan. Kemudahan yang dirancang dan dibina ini dianggap merupakan aspirasi kerajaan menyediakan kemudahan terbaik untuk masyarakat.
Fokus utama dalam pengurusan fasilti adalah memastikan setiap peralatan dan bahagian dalam sesebuah kemudahan itu dapat beroperasi dengan baik, selamat dan berfungsi seperti yang diperlukan oleh pengguna. Sebagai pengurus fasiliti fokusnya akan tertumpu kepada bagaimana memastikan kemudahan beroperasi dengan lancar dengan memadankan dengan pelbagai kelengkapan, alat dan mekanisma yang dirasakan terbaik untuk pengguna dan kemudahan yang diuruskan.
Pengurusan fasiliti berdasarkan keperluannya merupakan satu koordinasi antara kemudahan dan pengguna. Ianya perlu disesuaikan dan diseimbangkan agar memenuhi keperluan. Pelbagai disiplin bidang diperlukan bagi merealisasikan pengurusan kemudahan terbaik seperti kejuruteraan, senibina, pengurusan peniagaan, sains tingkahlaku yang menjamin kualiti pengurusan kemudahan sukan yang baik dan berkesan.
Sebagai pengurus sebuah kemudahan sukan bukanlah satu tugas yang mudah ianya menuntut seseorang pengurus itu perlu memiliki kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang luas dalam mengurus dan menyelengara sesebuah kemudahan.
YOP: Agaknya bagaimana tahap pengurusan kemudahan sukan di Malaysia..satu tanda tanya atau ada jawapanya...............
Comments
Post a Comment