Lesu dan terpendam, mungkinkah kerana tanggugjawab yang
digalas ketika ini memendam kepakaran yang
dibina dan ditimba dari “University Of Hard Knocks (UHK)” . Adakah
pengalaman di UHK tidak standing dengan ilmu yang ditimba dari Universiti tersohor tanahair atau mungkin juga KITA yang malas bersusah
payah memikir bagaimana menimba peluang..
Persoalan ini nampaknya menjadi satu dilema yang tidak
berkesudahan, Peluang di depan mata terbuka luas tapi tidak sedetik dihati
ingin mencuit dan mencuba memetik peluang
yang luas terbentang. Hari ini terdetik bagaimana Gerhana telah menutup
mata dan jiwa untuk melihat dan mengintai peluang di lautan biru bahawa ilmu
dan pengalaman di UHK tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang boleh membuahkan
hasil yang berguna kepada diri dan masyarakat. Sehinggakan masih mampu membiar
dan melihat orang lain mencuri peluang dengan jayanya..
Ilmu sudah ada, sahsiah terbina dengan baik, apa lagi yang
diperlukan..adakah cara berfikir dan bekerja perlu diubah atau daya kreativiti
yang gerhana, adakah usaha jadi punca, mungkin juga jiwa yang tidak kental atau
malas menjadi peracun utama.
Mungkin langkah awal ditahun baru ini telah mengalih leka
dan membuka mata dan akal bahawa kurniaan yang diberikan oleh Pencipta Mu tidak
dimanfaatkan sebaik mungkin. Bagaimana harus bermula adakah masih perlu kembali
melihat S.W.O.T atau belajar strategi Lautan Biru…
Yop: Satu renungan dan peringatan untuk diri..BERALIH DAN
BERUBAH, REBUT DAN CARILAH..
Comments
Post a Comment