Skip to main content

DSN VS KEMUDAHAN SUKAN

DASAR SUKAN NEGARA (DSN) adalah satu initipati penting yang menjurus kepada hala tuju dan strategi pencapaian pembangunan sukan di Malaysia yang memberikan tumpuan khas kepada kecemerlangan kepada dua komponen utama sukan iaitu SUKAN BEPRESTASI TINGGI dan Sukan MASSA (Sukan Untuk Semua). Mula digubal pada tahun 20 Januari 1988 dan telah menjalani pelbagai perubahan sehingga kini.

Beberapa intipati penting DSN yang mendukung kepada pembangunan sukan salah satunya melalui capaian dan aksess kepada KEMUDAHAN SUKAN yang bermutu dan mencukupi kepada rakyat, antara intipati penting DSN berdasar dua era 1988 dan 2009 adalah seperti berikut:

DSN ASAL 1988
  1. Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan-kemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa,untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuan-persatuan sukan;
  2. Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan;
  3. Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggungjawab bagi merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri dan daerah. Rasional yang memerlukan perancangan kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri ini adalah bagi mencapai satu pengagihan kemudahan-kemudahan yang lebih seimbang di kawasan bandar dan luar bandar.Objektif pengagihan semula ialah bagi membolehkan mereka yang kurang bernasib baik, yang memerlukan kemudahan sukan dan perkhidmatan yang lebih dari yang lain tetapi yang kurang sekali membuat desakan, mendapatkan peluang menggunakan
  4. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan-pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan
  5. Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan
    sukan
  6. Peruntukan mengenai kemudahan -kemudahan sukan hendaklah dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim perumahan. Untuk membolehkan pengusaha-pengusaha menyediakan tanah untuk kemudahan-kemudahan sukan, pihak berkuasahendaklah memberi pertimbangan mengurangkan bayaran ubah syarat tanah untuk skim-skim perumahan dan atau memberi insentif-insentif lain
  7. Semua kemudahan hendaklah diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya.Kemudahan-kemudahan sukan ini hendaklah dibuka kepada penggunaan semua ahli sukan dan orang ramai bagi mempastikan penggunaan optimun
  8. Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahankemudahan sukan. Pengswastaan kemudahan-kemudahan sukan adalah juga digalakkan.
DSN 2009 (SEMAKAN)


  1. Kementerian Belia dan Sukan menyediakan satu pelan tindakan 10 tahun bagi pembangunan infrastruktur sukan berasaskan kepada strategi Program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi yang meliputi semua golongan masyarakat;
  2. Kementerian yang berkaitan juga bertanggungjawab menyelaraskan perancangan dan pengagihan segala kemudahan sukan dalam negara serta memastikan setiap negeri tidak ketinggalan dari segi pengagihan ini;
  3. Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab merancang kemudahan sukan peringkat negeri dan daerah dan memastikan keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Di samping itu, penyediaan pelan-pelan pembangunan bandar baru dan kawasan perumahan hendaklah mengambil kira kemudahan sukan dan penyelenggaraannya;
  4. Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri hendaklah memastikan status tanah lapang serta kawasan hijau yang digunakan untuk tujuan sukan tidak ditukar kepada kawasan pembangunan dan industri. Semua kemudahan sukan dan rekreasi awam termasuk kawasan bukit, gunung, tasik, gua, pantai dan seumpama diperlengkap serta diselenggarakan dengan sewajarnya
  5. Semua pembinaan kemudahan sukan dan rekreasi awam yang baru perlu memenuhi syarat mesra Orang Kelainan Upaya (OKU);
  6. Sektor swasta dan badan bukan Kerajaan digalakkan membantu dalam membina dan mengurus infrastruktur sukan; dan
  7. Pihak Berkuasa Tempatan juga hendaklah memberi insentif yang setara bagi mengurangkan bayaran perubahan syarat tanah untuk pembinaan kemudahan sukan
YOP: Yang prihatin cuba amati setiap intipati dan lihat realiti terhadap usaha kerajaan ini..jenguk juga DSN asal dan DSN semakan..bukan apa takut ada rakan-rakan yang lupa DSN tu apa...sekadar mengingatkan..

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PENGAJIAN SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA

  Jika berminat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan rekreasi di Malaysia, sudah pastinya ada beberapa pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian ini bagi yang berminat. Jika dilihat dari pengenalan kursus ini universiti perintis yang memulakanya program ini bermula dengan pengenalan program diploma di Institut Teknologi MARA pada tahun 1996 dan program peringkat ijazah sarjana muda di Pusat Sukan Universiti Malaya. Kini program ini sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia apabila kepentinganya dilihat setaraf dengan keperluan tenaga kerja terlatih di sektor lain yang lebih mencabar. Jika dilihat perkembangan posifiT ini memberi peluang kepada masyarakat terutama yang bergiat aktif dalam sukan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sejajar dengan strategi Dasar Sukan Negara untuk menghasil personel dan atlet yang memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains sukan di Malaysia. Yop menyenaraikan beberapa program berkaitan yang diperkenal

PENGURUSAN FASILITI

Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.  Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002) Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan sese

PERSAMAAN TARAF SIJIL SAINS SUKAN TAHAP 1,11 & 3 DI MALAYSIA

Akademi KejurulatihanKebangsaan (AKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi melatih dan memberikan pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan di Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih sepenuh masa atau sambilan mereka perlu memiliki persijilan ini sebagai satu bentuk lesen dan pengiktirafan yang diberikan kepada jurulatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Yang menariknya dari sumber maklumat yang Yop baca dari laman web Majlis Sukan Negara bagi  mereka yang mempunyai latarbelakang dalam pengajian sukan boleh memohon PERSAMAAN TARAF sijil sains sukan ini bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hinggalah kepada Phd,  info mengenai persamaan taraf seperti maklumat  berikut : Ijazah dalam Sains Sukan(MAJOR ATAU ELEKTIF) atau Pendidikan Jasmani ( MAJOR ATAU   ELEKTIF) atau yang setara dengannya di sama tarafkan dengan TAHAP I Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan ata