Bermesyuarat untuk menubuhkan persatuan dan meluluskan resolusi |
Jika sudah sebulat suara untuk bersatu dan berkongsi minat dibawah persatuan maka tindakan seterusnya ialah dengan segera memangil semua individu yang berminat untuk hadir ke suatu mesyuarat penubuhan. Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan menubuhkanpertubuhan yang perlu dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah dicatitkan dalam minit mesyuarat.
Dalam mesyuarat itu nanti pada mereka yang hadir ke Mesyuarat penubuhan hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti yang Yop cadangkan dibawah:
- Bersetuju tentang penubuhan pertubuhan
- Meluluskan nama pertubuhan
- Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan
- Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan
- Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang akan didaftarkan
- Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) pertubuhan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas
Yop: Pakar Mesyuarat, pagi petang siang malam mesyuarat...
Mekasih atas maklumat yang diberikan ^^,
ReplyDelete