Bersatu dan berkongsi minat melalui aktiviti berpersatuan |
Menubuhkan persatuan/pertubuhan sebenarnya bukanlah satu pekara yang susah hendak dilakukan. Selalunya penubuhan persatuan mempunyai objektif tertentu yang ingin dicapai oleh kumpulan tertentu. Kumpulan ini selalunya berkongsi minat dan aspirasi yang sama terhadap sesuatu pekara yang ingin dicapai melalui aktiviti berpersatuan. Berdasarkan Sekyen 2 Akta Pertubuhan 1966 menakrifkan maksud pertubuhan sebagai:
"Sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal'
Apa yang perlu anda tahu ialah penubuhan persatuan dan pertubuhan di Malaysia adalah berdasarkan tiga (3) akta yang wujud dan berbeza ruang lingkup kuasanya, iaitu:
i. Akta Pertubuhan 1966 melibatkan dua peraturan:
a. Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984
b. Peraturan-peraturan Pertubuhan (Permohonan untuk Perintah Meletakhakkan)
1993
ii. Akta Pembangunan Sukan 1997
iii. Akta 668 - Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007
Untuk pengetahuan semua juga jika ingin mendaftarkan pertubuhan dibawah Akta Pertubuhan 1966 sebagai contoh persatuan yang berbentuk politik, keagaamaan, kebajikan, masyarakat, dan sebagainya, permohonan perlu dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan Malayisa (Registrar Of Society).
Manakala jika berhasrat menubuhkan persatuan sukan di mana-mana peringkat perlu merujuk kepada Akta Pembangunan Sukan dan membuat permohonan secara terus kepada Pejabat Pesuruh Jaya Sukan Malaysia. Bagi yang ingin menubuhkan persatuan belia pula perlu merujuk kepada Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia dan membuat permohonan kepada Pejabat Pertubuhan Belia Malaysia.
Manakala jika berhasrat menubuhkan persatuan sukan di mana-mana peringkat perlu merujuk kepada Akta Pembangunan Sukan dan membuat permohonan secara terus kepada Pejabat Pesuruh Jaya Sukan Malaysia. Bagi yang ingin menubuhkan persatuan belia pula perlu merujuk kepada Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia dan membuat permohonan kepada Pejabat Pertubuhan Belia Malaysia.
Rujukan Laman Web dan Pendaftaran Pertubuhan Secara Online:
i. Pendaftar Pertubuhan Malaysia - http://www.ros.gov.my/
ii. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia - http://pps.kbs.gov.my/
iii. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia - http://roy.kbs.gov.my/
Nota: Bagi Yop menubuh memang mudah nak mengekalkan kesinambungan cukup payah...
Comments
Post a Comment