Skip to main content

KOLEKSI ARTIKEL YOP (2005)- MARTABAT PENDIDIKAN JASMANI


 
Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan yang dilalui oleh pelbagai peringkat masyarakat dengan tujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan memperoleh pengalaman dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Melalui pendidikan juga seseorang individu itu akan dapat mengembangkan potensinya secara lebih holistik dan disamping mengimbangi pembentukkan individu dari segi jasmani rohani, emosi dan intelek (JERI).

Pendidikan Jasmani (PJ) adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan diantara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bertmatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993).

Persoalannya disini matapelajaran PJ seharusnya dilihat sebagai dapat mengimbangani JERI para pelajar dan bukannya membebankan pelajar. Isu PJ di sekolah ini bukanlah satu isu baru yang ditimbulkan ianya merupakan isu yang telah lama diperjuangkan oleh ramai pendidik dalam bidang PJ. Antara permasalahan yang sering dikaitkan dengan isu keberkesanan pelaksanaan PJ di sekolah adalah seperti berikut:


i.              Kurang mendapat perhatian dikalangan pentadbir dan pelajar
Kebanyakan pentaddir sekolah lebih cenderung mengutamakan pencapaian akademik. Apabila kurangnya perhatian terhadap pelajaran ini maka dengan sendirinya matapelajaran ini mula dipinggirkan ( Chee See Wing (1985), De Vries (1990), Tie Fat Hei et, all (1996) Abdul Rahman (1997) dan Ruzi Idris (2002)
                       
ii.            Kekurangan guru bertauliah dalam bidang pendidikan jasmani
Guru yang bertauliah dalam bidang PJ di Malaysia masih berkurangan walaupun telah ada usaha-usaha untuk mempertingkatkan telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Malah PJ juga boleh diajar oleh para guru yang tidak mempunyai kelayakan dan ianya hanya untuk memenuhi syarat penjadualan. Kajian yang pernah dijalankan di beberapa daerah di Malaysia juga mendapati kekurangan guru bertauliah yang mengajar PJ amat membimbangkan. Sebagai contoh di sebuah daerah di Negeri Perak, jumlah guru yang mengajar PJ di daerah itu adalah 40 orang, hanya 9 orang sahaja yang memiliki tauliah dalam bidang PJ (Hasnul, 2003) begitu juga dengan sebuah daerah di Negeri Sembilan bilangan guru yang mengajar ialah 32 orang hanya seorang yang memiliki tauliah. (Ruzi Idris, 2002). Menurut Khoo Kay Kim 1995, subjek PJ terabai adalah akibat dari kurangnya guru yang terlatih dalam bidang ini, secara relatifnya apabila kurangnya guru yang berkemahiran dan terlatih maka pelaksanaannya juga akan turut sama terjejas.

iii.           Masa pengajaran
Masa pengajaran pendidikan jasmani yang singkat iaitu dua masa pengajaran juga merupakan pekara yang sering menjadi rungutan pelajar dan guru yang mengajar. Ini menyukarkan guru untuk menyampai dan mengajar pelbagai kemahiran dan tidak memberi ruang yang cukup kepada pelajar untuk belajar sesuatu kemahiran tersebut. Guru terpaksa menghadkan masa percubaan pelajar bagi menyesuaikan dengan masa yang diperuntukan. Apabila senario ini berlaku maka objektif yang ditetapkan dalam setiap kemahiran dan penilaian terhadap pencapaian pelajar terhadap kemahiran juga sukar dicapai.

iv.           Peralatan dan Infrasruktur
Bagi sekolah yang kecil dan sekolah rendah sering menghadapi masalah kekurangan alatan. Ini menyebabkan pelajar sering berebut peralatan dan guru pula perlu menghadkan penggunaan peralatan bagi memberi peluang kepada semua pelajar menggunakannya.

Infrastruktur juga menjadi permasalahan  di mana ada sekolah yang tidak memiliki padang atau saiz padang yang hanya “sekangkang kera” ataupun menumpang di padang awam Wujud juga padang-padang yang tidak selamat digunakan seperti sering ditengelami air, berbatu-batu dan sebagainya.

v.            Tiada Penilaian dan pengukuran
Menurut Shubert (1986) penilaian adalah satu percubaan untuk mengukur atau menentukan nilai pelajar dan amalan, bahan atau program pendidikan begitu juga dengan pengukuran ianya beperanan sebagai petunjuk status yang memberi nilai berangka (Teng Boon Tong, 2001). Melalui penilaian dan pengukuran juga akan dapat menjawab ‘siapa yang mendapat markah paling tinggi’ atau ‘kumpulan pelajar yang mana menang dalam sukan tertentu’ dan sebagainya. Matapelajaran pendidikan jasmani yang diajar disekolah kini didapati tidak mempunyai kaedah penilainan dan pengukuran yang dapat memberikan pentunjuk kepada keberkesanan pengajaran pendidikan jasmani disekolah dan bukan hanya menjalankan ujian tenaga asas semata-mata kepada pelajar.

Bagi merealisasikan saranan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishammuddin Tun Hussein untuk menerapkan sistem ujian dalam mata pelajaran pendidikan jasmani pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengatasi terlebih dahulu kesemua masalah dan isu remeh temeh yang sekian lama membelenggu matapelajaran PJ di Malaysia. Formula terbaik bagi menerapkan sistem ini perlu dikaji sedalamnya agar pendekatannya nanti dapat memberikan impak yang baik dan sekaligus mengangkat martabat PJ setanding dengan matapelajaran lain yang diajar disekolah.

Ibu-bapa dan pelajar juga perlu mengubah persepsi mereka terhadap pendekatan yang ingin diterapkan melalui pendidikan jasmani dimana pendidikan jasmani berupaya membentuk individu yang seimbang dari segi JERI malah memberikan manfaat yang baik kepada pelajar.
Oleh yang demikian langkah-langkah tertentu dan spesifik perlu diambil agar tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PJ dapat dipertingkatkan semua sekolah-sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Walaupun pelaksanaan sistem ujian ini perlu dikaji dan diperhalusi terlebih dahulu dan ia akan memakan masa untuk melaksanakannya, pihak kementerian dan pentadbir sekolah disarankan mengambil langkah-langkah awal perubahan terlebih dahulu, seperti:

i.          Berusaha memastikan semua guru mendapat pendedahan dalam teknik pengajaran PJ. Ini dapat membantu pentadbir sekolah membuat pemilihan dan pengagihan guru dapat dilakukan dengan baik bagi sekaligus menepati keperluan dan kehendak mata pelajaran PJ.
ii.            Menetapkan keperluan guru berasaskan kepada bidang pengkhususan dan bukannya berdasarkan keperluan dari segi bilangan.
iii.           Sekolah juga harus diberi kebebasan untuk memilih isi kandungan dan bahan pengajaran berasaskan kesesuaian, keperluan sekolah, pelajar dan kebolehan guru.
iv.           Sekolah hendaklah berupaya membentuk falsafah dan objektif berasaskan kehendak dan keperluan semasa.
v.            Masa pengajaran PJ perlu ditambah bagi membolehkan masa pengajaran sebenar dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
vi.           Pengajaran PJ hendaklah diberi tumpuan kepada penggunaan dan aplikasi sains sepenuhnya.
vii.          Memandangkan kebanyakkan guru terdiri daripada mereka yang bukan berpengkhususan PJ maka dicadangkan “in-house training” bagi subjek PJ dijalankan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru.

Pendidikan Jasmani perlu diberikan perhatian yang khusus dan pedekatan yang lebih dinamik agar pendidikan jasmani dapat dipertingkatkan keupayaan dan martabatnya dalam sistem pendidikan negara sekaligus akan berupaya menyumbang kepada pembangunan sukan di Malaysia.

Comments

  1. yela xramai yang tahu kepentingan pjk ni ramai yang anggap subjek xmasuk periksa xpenting....ibu bapa sendiri kn buka minda pjk nie bukan setakat main bola jer...beza antara bermain dengan main2....klu anak2 ditanam minat suka bersukan pas ni xder lg la mslah obesiti....

    ReplyDelete
  2. Yob.. Teman nak minta izin guna yob punya artikel ni.. teman nak buat assignment (artikel review) guna yob punya artikel. harap yob tak keberatan ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROGRAM PENGAJIAN SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA

  Jika berminat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan rekreasi di Malaysia, sudah pastinya ada beberapa pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pengajian ini bagi yang berminat. Jika dilihat dari pengenalan kursus ini universiti perintis yang memulakanya program ini bermula dengan pengenalan program diploma di Institut Teknologi MARA pada tahun 1996 dan program peringkat ijazah sarjana muda di Pusat Sukan Universiti Malaya. Kini program ini sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia apabila kepentinganya dilihat setaraf dengan keperluan tenaga kerja terlatih di sektor lain yang lebih mencabar. Jika dilihat perkembangan posifiT ini memberi peluang kepada masyarakat terutama yang bergiat aktif dalam sukan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sejajar dengan strategi Dasar Sukan Negara untuk menghasil personel dan atlet yang memiliki pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains sukan di Malaysia. Yop menyenaraikan beberapa program berkaitan yang diperk...

PENGURUSAN FASILITI

Menguruskan kemudahan sukan sebenar merujuk kepada amalan pengurusan fasiliti yang kini sedang mendapat tempat dalam sistem operasi bangunan di Malaysia. Ruang lingkup pengurusan fasiliti juga merujuk bukan sahaja kepada pengurusan kemudahan sukan sahaja tetapi juag terdiri daripada pelabagai jenis bangunan seperti bangunan pejabat, hospital ataupun keseluruhan bangunan universiti dengan beratus buah bangunan.  Pengurusan fasiliti ini merangkumi pelbagai gabungan bidang yang luas tidak terhad kepada bidang seperti perancangan, rekabentuk, penyewaan, perancangan ruang, pengurusan projek, pengurusan aset, pembinaan, pemasaran fasilti dan pemerolehan aset (Teicholz and Noferi, 2002) Pengurus fasiliti yang besar banyak menumpukan masa mereka terhadap keperluan komersial seperti memasarkan kemudahan termasuk menyewakan ruang niaga untuk tujuan kormesial dan menjana keuntungan. Perbezaan pengurusan kemudahan sukan ianya adalah berdasarkan saiz, jenis dan struktur pengurusan ...

PERSAMAAN TARAF SIJIL SAINS SUKAN TAHAP 1,11 & 3 DI MALAYSIA

Akademi KejurulatihanKebangsaan (AKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi melatih dan memberikan pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan di Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih sepenuh masa atau sambilan mereka perlu memiliki persijilan ini sebagai satu bentuk lesen dan pengiktirafan yang diberikan kepada jurulatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Yang menariknya dari sumber maklumat yang Yop baca dari laman web Majlis Sukan Negara bagi  mereka yang mempunyai latarbelakang dalam pengajian sukan boleh memohon PERSAMAAN TARAF sijil sains sukan ini bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hinggalah kepada Phd,  info mengenai persamaan taraf seperti maklumat  berikut : Ijazah dalam Sains Sukan(MAJOR ATAU ELEKTIF) atau Pendidikan Jasmani ( MAJOR ATAU   ELEKTIF) atau yang setara dengannya di sama tarafkan dengan TAHAP I Ijazah Sarja...