Yop berkesempatan ke Singapura bersama rakan seperjuangan Dato K melawat beberapa buah kemudahan sukan dan rekreasi baru-baru ini. Dalam lawatan ini pelajar didedahkan dengan konsep pengurusan dan operasi kemudahan sukan disana. Banyak perbezaan yang dapat dilihat jika dibandingkan dengan kemudahan sukan ditanahair.
Antara yang dapat Yop lihat usaha dan komitmen Kerajaan disana terhadap aktiviti sihat untuk rakyat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Setiap kemudahan yang dibina adalah dirancang untuk mengalakkan penglibatan rakyat terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal. Tanggungjawab penggalakan ini disokong dengan kemudahan yang sesuai. Begitu juga dengan sistem sokongan yang ada pada kemudahan yang sentiasa menitik beratkan keselamatan dan mesra pengguna.
Usaha ini boleh dilihat sebagai agenda penting negara. Badan utama disana Singapore Sports Council menyedia, mengurus dan menyelengara sendiri setiap kemudahan yang dimaksudkan bagi kegunaan rakyat. Bayangkanlah kemudahan aktiviti akuatik ala macam Sunway Lagoon tu boleh digunakan dikompleks itu dengan kos yang minimal 2 dollar jea sedangkan kita disini kena pergi taman tema yang berpuluh kali ganda mahalnya.
Di negara kita modus operandinya berbeza kemudahan diurus dan selengara oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kemudahan itu hanya diurus supaya beroperasi untuk rakyat guna bila perlu. Tiada usaha berterusan untuk menghidupkan kompleks melalui penganjuran aktiviti sokongan ataupun sebarang aktiviti pengalakan yang dibuat PBT. Semuanya dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Nampaknya PBT kena ada bahagian unit khas yang mengurus kemudahan sukan dan MENGHIDUPKAN keceriaan kemudahan sukan melalui pembudayaan pelbagai aktiviti. Barulah kemudahan sukan ini menjadi tumpuan tak kira siapa, untuk apa malah menjadi kunjungan setiap masa. Taklah sunyi sepi setiap hari tanpa kehadiran orang dan reput tak digunakan.
Yop: Bukan membanding tetapi mana yang baik boleh kita jadikan panduan demi kebaikan rakyat. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan .

Propose pada Malaysia government le.
ReplyDelete