Dah bertahun semak yang menutup papan tanda kenyataan letak kereta ni dibiarkan. Baru-baru ni Yop Singgah ke Kedai Mamak Khulafa seksyen 7 lama dah siap dibersihkan. Syabas MBSA akhirnya dapat juga kami baca kenyataan Majlis dengan mudah dan tak payah selak semak samun lagi. Macam ini yang dinamakan pencapaian diutamakan rakyat didahulukan. Yop sebagai rakyat susah nak baca kenyataan yang ditulis kat papan tanda tu. Lagi satu Yop nak ingatkan juga MBSA tengok-tengok meter yang ada sebelah papan tanda tu macam tak berfungsi..rajin-rajin datang selengara dan baik pulih meter ni..tak dalah nanti Yop kena cari keliling seksyen 7 nak beli kopun meter.
YOP: Management by walking about "MBSA" turun padang selalu.
Comments
Post a Comment