Sebagai pentadbir dalam mana-mana organisasi kita bukan hanya membuat tugasan yang berdasarkan tugasan hakiki ataupun mengikut "job specification" semata-mata tetapi ianya menuntut lebih dari itu. Nak jadi pentadbir yang hebat kita tak boleh hanya mentadbir dari dalam pejabat dan hanya menunding itu dan ini. Macam remote control tekan satu tukar TV1, kerja dalam organisasi bukan macam remote tapi lebih kepada mengambil tahu dan bertindak tetapi bukan ambil maklum dan tidak buat apa-apa (Buta hati pentadbir jenis ini).
Sebagai pentadbir Kita perlu lebih agresif, banyak mendengar, kreatif dan adakalanya perlu inovatif dalam keadaan tertentu. Jangan tunggu sampai pelanggan buat aduan, mana yang kita rasa ianya boleh menimbulkan masalah pada organisasi perlu ditangani dengan segera dan bijak. Bukan tunggu hingga ada pelanggan hentak meja atau kaunter baru si pentadbir nak mengelabah puyuh nak buat itu dan ini.
Cerita Yop hari ni adalah mengenai saranan bagi pentadbir supaya mengamalkan atau mengadaptasikan kaedah "Management by Walking About" dalam organisasi. Kaedah ni telah diperkenalkan oleh Bill Hewlett dan Dave Packard sejak tahun 1940 dalam perjuangan mereka dalam memajukan HP (Hewlett Packard) sehingga hari ini. Kaedah sentiasa turun padang, sentiasa mendengar, menerima pandangan dan sokongan kepada kakitangan dipelbagai peringkat telah melonjak produktiviti HP sehingga ke hari ini.
Dalam kaedah ini objektif organisasi bukan sahaja dijadikan ukuran kejayaan bagi pentadbir tetapi ianya mengambilkira kaedah bagaimana usaha mencapainya boleh dilakukan oleh kakitangan dipelbagai peringkat. Rungutan, sungutan, cadangan dari semua peringkat di ambil kira bagi memastikan objektif organisasi dicapai secara bersama dan kejayaan dikongsi bersama.
Saranan Yop pada mana-mana pentadbir. bukan ke elok kalau kaedah seperti ini diamalkan banyak kerja dan aduan dapat diselesaikan. Bukan hanya sibuk mencanang polisi dan prosedur tetapi lebih mengambil tahu kenapa ianya terjadi dan bagaimana perlu diselesaikan.
Yop: Respek Kepimpinan sekarang banyak pemimpin dah mula turun padang dan ambil tahu hal rakyat. Hidup Perjuangan Bangsa

Comments
Post a Comment