Kelewatan sedikit pagi ini tiba di pejabat, jalan pintas melalui Meru ke Shah Alam banjir. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kesesakan dari kawasan perindustrian Meru hingga ke simpang sebelum Setia Alam. Pada hemat dan pemerhatian Yop, banjir ini berpunca dari sistem perparitan yang tak sempurna dan aktiviti pembungan sampah domestik. Air tidak dapat dialirkan dengan sempurna melalui sistem perparitan sedia akibat dari sekatan dalam sistem perparitan yang diakibatkan oleh sampah.
Pada hemat Yop kena tengok-tengok sikit kawasan ini parit dan tali air banyak sampah, kena educate sikit penduduk kawasan ni dan wujudkan kesedaran.
Comments
Post a Comment