Sedang dok leka menulis kat pejabat tiba-tiba teringat sekolah yang dah lama aku tinggalkan. Entah kenapa kenangan lama tiba-tiba mengimbau di depan mata dari mula aku jejak sekolah ni sampailah aku masuk universiti.
Panjang sejarahnya macam mana aku boleh bertukar dari sekolah lama di SM Pasir Puteh ke SM Anderson, Ipoh hanya semata-mata menegak kebenaran yang aku pasti keputusan aku itu betul. Dari sekolah lagi dah pandai main politik siap protes cikgu lagi dalam keputusan memilih ketua pengakap sekolah yang patut diberi pada pengakap yang lebih senior tapi diberi pada pengakap tingkatan 3. Pada aku ini semua tak betul dari segi hariki dan kekananan maka bermula era pemberontakan aku kat sekolah. Cikgu mula panas, aku pun kena bakar dan kemudian aku tukar sekolah 24 jam dari sekolah tu pasal ayah aku marah pada keputusan sekolah yang melabel aku pemberontak. Aku tak salah aku cakap apa yang betul.....
Di sekolah baru aku diperkenalkan dengan pelbagi sukan yang tak ada kat sekolah lama aku... Ragbi.. hah..disinilah segalanya bermula penglibatan aku yang sangat aktif sampai wakil negeri. Sukan lain pun main jugak bolasepak, bolabaling dan hoki. Maka selamat tinggalah dunia pengakap aku sejak dari darjah 4 sampai tingkatan 3 dah berakhir disebabkan kancah politik yang aku sendiri pada masa itu tak memahaminya. Nanti aku cerita lagi....
Walau apa pun terima kasih kepada pengalaman....
Comments
Post a Comment