Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

TIPS MENUBUHKAN PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN

Bermesyuarat untuk menubuhkan persatuan dan meluluskan resolusi Jika sudah sebulat suara untuk bersatu dan berkongsi minat dibawah persatuan maka tindakan seterusnya ialah dengan segera memangil semua individu yang berminat untuk hadir ke suatu mesyuarat penubuhan. Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan menubuhkanpertubuhan yang perlu dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah dicatitkan dalam minit mesyuarat. Dalam mesyuarat itu nanti pada mereka yang hadir ke Mesyuarat penubuhan hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti yang Yop cadangkan dibawah: Bersetuju tentang penubuhan pertubuhan Meluluskan nama pertubuhan Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang akan didaftarkan Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) pertubuhan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas Yo

Menubuhkan Persatuan Atau Pertubuhan

Bersatu dan berkongsi minat melalui aktiviti berpersatuan Menubuhkan persatuan/pertubuhan sebenarnya bukanlah satu pekara yang susah hendak dilakukan. Selalunya penubuhan persatuan mempunyai objektif tertentu yang ingin dicapai oleh kumpulan tertentu. Kumpulan ini selalunya berkongsi minat dan aspirasi yang sama terhadap sesuatu pekara yang ingin dicapai melalui aktiviti berpersatuan. Berdasarkan Sekyen 2 Akta Pertubuhan 1966 menakrifkan maksud pertubuhan sebagai: " Sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal' Apa yang perlu anda tahu ialah penubuhan persatuan dan pertubuhan di Malaysia adalah berdasarkan tiga (3) akta yang wujud dan berbeza ruang lingkup kuasanya, iaitu:                    i. Akta Pertubuhan 1966 melibatkan dua peraturan:                          a. Peraturan-peraturan Pertub

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI KONSEP KEPIMPINAN

KEPIMPINAN BOLEH DIJELASKAN MELALUI KONSEP-KONSEP BERIKUT:   i.            Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang dirumus secara kolektif. Berkerja secara sedemikian akan memberi kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya. ii.           Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku. iii.        Kepimpinan sentiasa aktif. Kepimpinan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ia tidak akan tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaannya sama ada dinamik atau tidak ada langsung. iv. 

PENGURUSAN KONFLIK DALAM PERSATUAN

Konflik adalah berasal dari perkatan latin yang membawa maksud ‘Conflictus’ yang merujuk kepada suatu keadaan dan cubaan pihak tertentu atau individu dari satu kelompok   yang berusaha melancarkan tindakan mogok secara kekerasan dan mewujudkan situasi tidak bersetuju terhadap etika dan amalan sehingga menyebabkan perselisihan. Konflik ini merupakan satu bentuk   interaksi yang negatif, beremosi   dan disusuli dengan satu bentuk demonstrasi penentangan yang akhir berakhir dengan kekacauan. Ianya juga selalu terjadi apabila invididu atau kumpulan tertentu tidak sependapat akibat fahaman dan ideologi yang berbeza dalam pentadbiran dan perjalanan sesebuah persatuan. Sebagai pentadbir persatuan kita perlu bijak mengenalpasti apakah sumber-sumber konflik yang sering kita hadapi. Kedaan ini dapat membantu kita lebih bersedia dalam menangani pelbagai isu dan konflik dalam persatuan. Menurut Lamberton dan Leslie (2009) terdapat empat sumber konflik yang menjelaskan siapa yang terlibat dalam