Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

SEBELUM DAN SELEPAS

Dah bertahun semak yang menutup papan tanda kenyataan letak kereta ni dibiarkan. Baru-baru ni Yop Singgah ke Kedai Mamak Khulafa seksyen 7 lama dah siap dibersihkan. Syabas MBSA akhirnya dapat juga kami baca kenyataan Majlis dengan mudah dan tak payah selak semak samun lagi. Macam ini yang dinamakan pencapaian diutamakan rakyat didahulukan. Yop sebagai rakyat susah nak baca kenyataan yang ditulis kat papan tanda tu. Lagi satu Yop nak ingatkan juga MBSA tengok-tengok meter yang ada sebelah papan tanda tu macam tak berfungsi..rajin-rajin datang selengara dan baik pulih meter ni..tak dalah nanti Yop kena cari keliling seksyen 7 nak beli kopun meter. YOP: Management by walking about "MBSA" turun padang selalu.

Management By Walking About - Turun Padang

Sebagai pentadbir dalam mana-mana organisasi kita bukan hanya membuat tugasan yang berdasarkan tugasan hakiki ataupun mengikut "job specification" semata-mata tetapi ianya menuntut lebih dari itu. Nak jadi pentadbir yang hebat kita tak boleh hanya mentadbir dari dalam pejabat dan hanya menunding itu dan ini. Macam remote control tekan satu tukar TV1, kerja dalam organisasi bukan macam remote tapi lebih kepada mengambil tahu dan bertindak tetapi bukan ambil maklum dan tidak buat apa-apa (Buta hati pentadbir jenis ini). Sebagai pentadbir Kita perlu lebih agresif, banyak mendengar, kreatif dan adakalanya perlu inovatif dalam keadaan tertentu. Jangan tunggu sampai pelanggan buat aduan, mana yang kita rasa ianya boleh menimbulkan masalah pada organisasi perlu ditangani dengan segera dan bijak. Bukan tunggu hingga ada pelanggan hentak meja atau kaunter baru si pentadbir nak mengelabah puyuh nak buat itu dan ini. Cerita Yop hari ni adalah mengenai saranan bagi pentadbir supaya meng...