Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

PENDAFTARAN ALUMNI FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI, UiTM

E-Alumni adalah satu inisiatif Pusat Perhubungan Alumni UiTM untuk mendaftar semua alumni UiTM. Berdasarkan jumlah alumni di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi adalah seramai 3519 orang. Dari sejumlah itu hanya 15 orang sahaja yang telah mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi. Adalah diharapkan melalui pendaftaran dan pengemaskinian maklumat ini jurang perhubungan diantara bekas pelajar dan Alma matters dapat dikurangkan. YOP selaku Timbalan Dekan HEP Dan Alumni FSR, sekali lagi menyeru kepada semua alumni FSR tidak kira batch mana sekali pun untuk bersama menjayakan database ini bagi memudahkan kita berhubung dengan lebih berkesan. YOP, FSR dulu kini dan selamanya. Sudikan layar dan daftar: http://www.alumni.uitm.edu.my/registration/

JALAN PINTAS MELALUI ALAM BUDIMAN-MERU BANJIR

Kelewatan sedikit pagi ini tiba di pejabat, jalan pintas melalui Meru ke Shah Alam banjir. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kesesakan dari kawasan perindustrian Meru hingga ke simpang sebelum Setia Alam. Pada hemat dan pemerhatian Yop, banjir ini berpunca dari sistem perparitan yang tak sempurna dan aktiviti pembungan sampah domestik. Air tidak dapat dialirkan dengan sempurna melalui sistem perparitan sedia akibat dari sekatan dalam sistem perparitan yang diakibatkan oleh sampah. Pada hemat Yop kena tengok-tengok sikit kawasan ini parit dan tali air banyak sampah, kena educate sikit penduduk kawasan ni dan wujudkan kesedaran.

PERSATUAN REKREASI DAERAH KINTA

Persatuan Rekreasi Daerah Kinta ditubuhkan oleh atas inisiatif aku sendiri dengan sokongan rakan rakan yang sealiran dalam aktiviti rekreasi. Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu Pejabat Belia dan Sukan daerah kinta dan amnya daerah kinta dalam melaksanakan pelabagai kegiatan berbentuk rekreasi di daerah ini. Mesyuarat pertama penubuhan persatuan ini dilaksanakan pada tahun 1995 di Lata kinjang Tapah, Perak dan telah didaftarkan melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Perak. Persatuan ini sehingga kini masih bergiat aktif dan meneruskan perjuangan dalam memartabatkan aktiviti rekreasi ke tahap yang boleh dibanggakan.

AKU PEMBERONTAK

Sedang dok leka menulis kat pejabat tiba-tiba teringat sekolah yang dah lama aku tinggalkan. Entah kenapa kenangan lama tiba-tiba mengimbau di depan mata dari mula aku jejak sekolah ni sampailah aku masuk universiti. Panjang sejarahnya macam mana aku boleh bertukar dari sekolah lama di SM Pasir Puteh ke SM Anderson, Ipoh hanya semata-mata menegak kebenaran yang aku pasti keputusan aku itu betul. Dari sekolah lagi dah pandai main politik siap protes cikgu lagi dalam keputusan memilih ketua pengakap sekolah yang patut diberi pada pengakap yang lebih senior tapi diberi pada pengakap tingkatan 3. Pada aku ini semua tak betul dari segi hariki dan kekananan maka bermula era pemberontakan aku kat sekolah. Cikgu mula panas, aku pun kena bakar dan kemudian aku tukar sekolah 24 jam dari sekolah tu pasal ayah aku marah pada keputusan sekolah yang melabel aku pemberontak. Aku tak salah aku cakap apa yang betul..... Di sekolah baru aku diperkenalkan dengan pelbagi sukan yang tak ada kat sekolah la...