Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

NEGARA IMPIAN SI PEMILIH

Agak lama tidak berbicara kerana kering idea dan bergelut masa. Rata rata kini rakyat telah mula bersuara dan lebih terbuka kali ini menyuarakan pandangan dan pendapat, negara yang bagaimana yang mereka mahu, Secara bebas di laman laman sosial tergambar dengan jelas rasa puas dan gembira yang amat sangat bila segalanya telah berubah. Begitu kuat sekali hentakan perubahan arus kepimpinan negara yang berubah semalaman bagi saya ianya satu kejutan, Agak janggal dimedia melihat wajah-wajah kepimpinan baru terpapar dikaca tv seperti dalam mimpi. Apa pun yang semalam telah berakhir tapi jangan dilupa tanpa semalam tiadalah hari ini. Suatu yang menarik dapat dilihat semasa PRU 14 kali ini kebangkitan orang muda sangat dirasai jarang sebelum ini dilihat ramai anak muda keluar mengundi. Di jalanraya sebelum hari mengundi seolah seperti pesta balik raya, ramai yang pulang mengundi dengan semangat mahu menyelamatkan negara. Hari ini satu persatu pekara diteliti disemak dicatu dan ada juga y