Lakaran kuliah tempoh hari Sebagai seorang pelajar yang mengikuti kursus berkaitan sukan dan rekreasi seharusnya mereka didedahkan dengan maklumat penting yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sukan di Malaysia. Memahami wujudnya dasar sukan yang menjadi tunjang utama kepada pembangunan sukan di Malaysia adalah satu wajib. Mengetahui dengan tepat agensi utama yang berkaitan dan bertanggungjawab kepada pembangunan sukan bukan menjadi soal harus tetapi wajib diketahui. Berkesempatan menguji pengetahuan pelajar berkaitan pekara diatas, begitu mengejutkan hampir satu kelas tidak mengetahui bahawa di Malaysia ada Dasar dan juga Akta berkaitan Sukan. Bila ditanya lagi mengenai agensi berwajib yang bertanggungjawab pastinya mereka mengenali KBS, nasib baik mereka tahu. Tetapi maklumat itu hanya setakat tahu wujudnya KBS, lebih dalam mengenainya dan apakah agensi lain di bawahnya juga mengecewakan. Bertanya pula mengenai dasar dan akta yang ada maka terlopong mulu...
PERSIARAN YopYB