DASAR SUKAN NEGARA (DSN) adalah satu initipati penting yang menjurus kepada hala tuju dan strategi pencapaian pembangunan sukan di Malaysia yang memberikan tumpuan khas kepada kecemerlangan kepada dua komponen utama sukan iaitu SUKAN BEPRESTASI TINGGI dan Sukan MASSA (Sukan Untuk Semua). Mula digubal pada tahun 20 Januari 1988 dan telah menjalani pelbagai perubahan sehingga kini. Beberapa intipati penting DSN yang mendukung kepada pembangunan sukan salah satunya melalui capaian dan aksess kepada KEMUDAHAN SUKAN yang bermutu dan mencukupi kepada rakyat, antara intipati penting DSN berdasar dua era 1988 dan 2009 adalah seperti berikut: DSN ASAL 1988 Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan-kemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa,untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan ...
PERSIARAN YopYB