Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

10.10.10-KILOMETER 223

Kemalangan yang meragut nyawa 13 orang pada 10.10.10 sungguh menyayat hati dan satu tragedi yang cukup mengerikan dan menjadi igauan mereka yang sering menggunakan perkhidmatan bas. Kebetulan ketika kejadian Yop berada di tempat kejadian teperangkap berjam-jam akibat kesesakan di dua-dua belah lebuhraya utara selatan. Memang dahsyat bas yang dalam perjalanan dari Melaka terbabas memasuki laluan bertentangan dan terhempas melanggar beberapa buah kereta dan bas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Cukup mengerikan. Sayup-sayup kenderaan polis dan ambulans melepasi laluan sebelah kanan menghantar mangsa ke hospital. Yop dapat lihat suasana cukup mencemaskan apabila melewati kawasan kilometer223. Suasana suram dan kelam kabut meliputi kawasan kejadian. Bukan itu sahaja dalam perjalanan pulang ke Shah Alam saja YOP dapat dilihat kemalangan kecil dikedua-dua belah laluan. Kesesakan laluan ke selatan bermula dari kilometer 223 hingga menghampiri Kawasan Senawang (kawasan yang famous dengan kemalanga...

KEMUDAHAN SUKAN AWAM MALAYSIA-SINGAPURA: SATU PERBADINGAN DAN RENUNGAN

Yop berkesempatan ke Singapura bersama rakan seperjuangan Dato K melawat beberapa buah kemudahan sukan dan rekreasi baru-baru ini. Dalam lawatan ini pelajar didedahkan dengan konsep pengurusan dan operasi kemudahan sukan disana. Banyak perbezaan yang dapat dilihat jika dibandingkan dengan kemudahan sukan ditanahair. Antara yang dapat Yop lihat usaha dan komitmen Kerajaan disana terhadap aktiviti sihat untuk rakyat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Setiap kemudahan yang dibina adalah dirancang untuk mengalakkan penglibatan rakyat terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal. Tanggungjawab penggalakan ini disokong dengan kemudahan yang sesuai. Begitu juga dengan sistem sokongan yang ada pada kemudahan yang sentiasa menitik beratkan keselamatan dan mesra pengguna. Usaha ini boleh dilihat sebagai agenda penting negara. Badan utama disana Singapore Sports Council menyedia, mengurus dan menyelengara sendiri setiap kemudahan yang dimaksudkan bagi kegu...