Skip to main content

SUKAN DAN EKONOMI



Berdasarkan perkembangan sejarah, sukan telah lama digunakan sebagai elemen hiburan (entertainment) dikalangan masyarakat. Jika kita bandingkan perbezaan dahulu dan sekarang, sukan kini telah berada pada era komersial yang begitu menguntungkan didunia.  Beberapa perkembangan terkini dimana kekuatan ekonomi dan pengaruhnya mampu mendominasi sebarang keputusan dan hala tuju aktiviti sukan melalui penglibatan syarikat-syarikat korporat. Kekuatan ekonominya begitu memain peranan terhadap nilai atlet dan industry sukan itu sendiri.

“Sukan bukan sahaja sebagai satu peluang perniagaan yang besar tetapi ianya adalah industri yang perkembang pesat di Amerika dan mempunyai potensi kerana sukan ada dimana-mana. Ianya umpama mesin wang yang sentiasa berdecing” (Ozanian, 1995)


Kejayaan Sukan diperingkat global kini dinilai berdasarkan jualan tiket dan hasil keuntungan dari yuran perlesenan produk (licensing), produk sukan (merchandise), hak penyiaran (media right) dan hit di internet. Perlawanan dan acara sukan dinilai dengan pegangan saham, rating dan potensi serta peluang pengiklanan. Atlet pula dinilai berdasarkan peluang menjadi produk endorser dan kemunculan di media yang membawa sekali popularity dan logo syarikat yang diwakilinya. Stadium, pasukan dan perlawanan juga dinamakan berasaskan syarikat penaja dan bukanya bergantung lagi kepada prestij dan sejarah sukan itu sendiri (naming right).

Sukan kini dipelopori oleh kehendak syarikat koporat kerana kuasa ekonomi yang begitu besar sehinggakan ianya boleh mempengaruhi hamper apa saja seperti warna pasukan, rekabnetuk seragam, jadual perlawanan, bagaimana acara akan perlu dilaporkan oleh media dan apa yang perlu dikatakan oleh pengulas juga telah ditentukan. Boleh dikatakan kini sukan adalah sebuah entity perniagaan yang menguntungkan  ianya secara lansung mempounyai hubungan dengan pemasaran dan proses pengukuhan kuasa kapitalis.

Nilai industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun 2008 bernilai USD 213 billion iaitu lebih dua kali ganda daripada industri kenderaan dan tujuh kali ganda lebih besar daripada industri perfileman (Sports Business Journal). Laporan kajian tersebut juga telah menyatakan bahawa pendapatan yang diperolehi oleh Amerika Syarikat dalam industri sukan melalui beberapa sektor-sektor utamanya.

Yop: Menunggu masa bilakah Malaysia akan menjadi  sebuah negara “Industri Sukan”

Comments