Skip to main content

KONSEP PEMASARAN SUKAN



Pemasaran adalah merupakan fungsi  organisasi dan rangkaian  proses bagi mencipta, berkomunikasi, dan menghasilkan nilai kepada pelanggan, rakan kongsi dan masyarakat  amnya serta mengurus perhubungan dengan pelanggan yang memberi faedah kepada organisasi tersebut dan mereka yang berkepentingan (AMA).  

Jika diamati konsep Pemasaran Sukan ini adalah berdasarkan konsep pemasaran yang menggunakan platform aktiviti sukan untuk tujuan keuntungan. Pemasaran juga boleh didefinasikan sebagai satu aplikasi konsep pemasaran untuk produk sukan dan perkhidmatan serta pemasaran produk-produk bukan sukan melalui organisasi untuk sukan. Pemasaran sukan itu mempunyai dua ciri utama iaitu:


  • Aplikasi amalan pemasaran umum untuk produk sukan berkaitan dan  perkhidmatan 
  • Pemasaran produk pengguna dan industri yang lain atau perkhidmatan melalui sukan

Dua aspek penting yang perlu diketahui bagaimana pemasaran sukan dilaksanakan adalah:

  • Pemasaran produk dan perkhidmatan sukan secara langsung  kepada pengguna sukan termasuk peralatan sukan, pertandingan profesional, acara sukan dan kelab-kelab tempatan. Contoh yang mudah termasuk pengiklanan pasukan dalam bentuk aksi, publisiti untuk menggalakkan atlet, menjual tiket bermusim, dan membangunkan produk berlesen seperti pakaian sukan untuk dijual. 

  • Pemasaran melalui (through) sukan yang berlaku apabila produk dipasarkan melalui hubungan dengan aktiviti sukan. Contoh: seorang atlet profesional menjadi duta atau “endoser” minuman isotonik sukan, syarikat kormesial yang menaja acara sukan, atau bahkan sebuah syarikat produk makanan sukan mengatur dan  mempunyai hak eksklusif untuk menyediakan  produk itu di venue-venue sukan.


 Yop: Pemasaran Sukan, adakah ianya satu eksploitasi keuntungan  melalui sukan?




Comments