Skip to main content

2013:MENGEKSPLOITASI KEPAKARAN DAN KEBOLEHAN



 Lesu dan terpendam, mungkinkah kerana tanggugjawab yang digalas ketika ini memendam kepakaran yang  dibina dan ditimba dari “University Of Hard Knocks (UHK)” . Adakah pengalaman di  UHK  tidak standing dengan ilmu yang ditimba dari Universiti tersohor tanahair atau mungkin juga KITA yang malas bersusah payah memikir bagaimana menimba peluang..

Persoalan ini nampaknya menjadi satu dilema yang tidak berkesudahan, Peluang di depan mata terbuka luas tapi tidak sedetik dihati ingin mencuit dan mencuba memetik peluang  yang luas terbentang. Hari ini terdetik bagaimana Gerhana telah menutup mata dan jiwa untuk melihat dan mengintai peluang di lautan biru bahawa ilmu dan pengalaman di UHK tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang boleh membuahkan hasil yang berguna kepada diri dan masyarakat. Sehinggakan masih mampu membiar dan melihat orang lain mencuri peluang dengan jayanya..

Ilmu sudah ada, sahsiah terbina dengan baik, apa lagi yang diperlukan..adakah cara berfikir dan bekerja perlu diubah atau daya kreativiti yang gerhana, adakah usaha jadi punca, mungkin juga jiwa yang tidak kental atau malas menjadi peracun utama. 

Mungkin langkah awal ditahun baru ini telah mengalih leka dan membuka mata dan akal bahawa kurniaan yang diberikan oleh Pencipta Mu tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Bagaimana harus bermula adakah masih perlu kembali melihat S.W.O.T atau belajar strategi Lautan Biru…

Yop: Satu renungan dan peringatan untuk diri..BERALIH DAN BERUBAH, REBUT DAN CARILAH..

Comments