Skip to main content

KURSUS KEPENGADILAN DAN TEKNIKAL SUKAN TARIK TALI SELANGOR

Untuk makluman semua penggiat dan peminat sukan tarik tali khususnya di negeri Selangor, STWA dengan Kerjasama Kolej Jati, UiTM Shah Alam akan menganjurkan Kursus Kepengadilan dan Teknikal Sukan Tarik Tali. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada bakal pengadil dan penggiat sukan tarik tali dalam aspek kepengadilan dan teknikal sukan ini. Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 September 2011

Waktu: 0800-1700

Tempat : Dewan Seminar, Kolej Jati, UiTM Shah Alam

Penceramah kursus: Mejar (B) Azmi Mohammad Naib Presiden Malaysia Tug of War Association (MTWA)

Kekosongan tempat : 60 orang (setakat 24 Ogos 2011)

Yuran Kursus : RM 60.00 sahaja

Tarikh Tutup Penyertaan :  22 September 2011 (Khamis)

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran boleh berhubung dengan Setiausaha Agung STWA En.Jamal di  0196055745.











Comments

  1. BILA KURSUS JURULATIH TARIK TALI AKAN DI ADAKAN LAGI?

    ReplyDelete
  2. STWA dalam Perancangan mengadakan berapa siri lagi kursus Kejurulatihan dan Kepengadilan bermula 2012. Masih dalam peringkat pengurusan dan rundingan kerjasam dengan sebuah universiti tempatan.

    ReplyDelete

Post a Comment