Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

KURSUS KEPENGADILAN DAN TEKNIKAL SUKAN TARIK TALI SELANGOR

Untuk makluman semua penggiat dan peminat sukan tarik tali khususnya di negeri Selangor, STWA dengan Kerjasama Kolej Jati, UiTM Shah Alam akan menganjurkan Kursus Kepengadilan dan Teknikal Sukan Tarik Tali. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada bakal pengadil dan penggiat sukan tarik tali dalam aspek kepengadilan dan teknikal sukan ini. Maklumat kursus adalah seperti berikut: Tarikh: 25 September 2011 Waktu: 0800-1700 Tempat : Dewan Seminar, Kolej Jati, UiTM Shah Alam Penceramah kursus: Mejar (B) Azmi Mohammad Naib Presiden Malaysia Tug of War Association (MTWA) Kekosongan tempat : 60 orang (setakat 24 Ogos 2011) Yuran Kursus : RM 60.00 sahaja Tarikh Tutup Penyertaan :  22 September 2011 (Khamis) Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran boleh berhubung dengan Setiausaha Agung STWA En.Jamal di  0196055745.