Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

PENUBUHAN PERSATUAN TARIK TALI DAERAH DI SELANGOR

STWA Pelopor  tonjol tarik tali sebagai sukan- Sinar 05 Jun 2011 28hb Mei 2011 satu mesyuarat dan taklimat khas bersama wakil-wakil dari daerah sekitar Selangor telah dijemput oleh Pengurusan Persatuan Tarik Tali Selangor(STWA) bagi membincangkan penubuhan sembilan (9) ahli gabungan di peringkat daerah. Dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini lima (5) wakil daripada sembilan (9) daerah di Selangor telah hadir dan bersetuju dan bersepakat untuk menubuhkan Persatuan Tarik Tali di daerah masing-masing. Lima (5) daerah yang bakal menubuhkan persatuan peringkat daerah ialah Daerah Kelang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang. Pihak Persatuan mengalukan-ngalukan para pengiat sukan tarik tali disekitar Selangor yang berminat untuk menubuhkan empat(4) lagi persatuan dari daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak boleh berhubung terus kepada persatuan. Persatuan akan membantu semua jawatankuasa penaja yang berminat dalam semua urusan penubuhan sehingga m