Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

PERSIAPAN SEDANG HANGAT

Penat, letih dan apa lagi yang boleh diungkap dalam menguruskan sesebuah acara. Semua itu sedang melanda keseluruhan pelajar yang mengambil kursus Event Management (SMG252). Maklumlah Karnival Sukan dan Malam Kecemerlangan Fakulti sudah semakin menghimpit tarikh jadinya pada 4 Mac 2010 (Khamis). Perit bagi mereka yang tak biasa menguruskan acara. Walaupun pada perancangannya nampak mudah tapi tak semudah yang disangka. Pelbagai pekara perlu diteliti dan diambil kira dalam memastikan sesebuah acara itu akan berjalan dengan lancar. Dari jemputan, buku program, staging, teknikal dan macam-macam lagi sedang merunsingkan kepala semua yang terlibat. Walaupun apa jua halangan dan rintangan anggaplah pengalaman yang bakal diperolehi ini sebagai sebahagian dari proses pembelajaran yang cukup bermakna dan tambahan nak juga dapat markah terbaik. Hati mau cekal, jiwa mau tabah....buat kerja mau ikhlas...