Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

PUSAT SUKAN KOMUNITI & GELANGGANG RAKYAT

Kalau baca surat khabar baru-baru nie.. KBS banyak benar rancangan nak buat kemudahan sukan dipelbagai peringkat. Khabarnya dari pusat sukan komuniti hinggalah ke gelanggang rakyat. Idea tu bagus pasal kat Malaysia ni pun kalau tak silap kemudahan sukan yang ada lebih kurang 8261 buah kemudahan sukan awam. 691 dibawah seliaan Majlis Sukan Negara dan selebihnya diurus dan diselengara oleh Pihak berkuasa tempatan (PBT). Cuma yang teman khuatir peruntukan besar yang diberikan ini nanti takut-takut berlaku pembaziran. Harap KBS tinjau-tinjau dulu buat survey dimana yang amat memerlukan kemudahan. Banyak kompleks yang sama telah dibina dengan pelbagai nama tapi akhirnya tak digunakan seperti objektif pembinaan. KBS patut tinjau banyak juga pusat sukan komuniti awam yang lain milik PBT dan swasta yang hidup segan mati tak mau yang memerlukan suntikan. Apasalahnya diberikan nafas baru rebranding ke refurbish ka.. lebih elok. Bina kita memang pandai nak menyelenggara...entahlah!!!..lihat saja ...

ADUH..SAKITNYA

Apakah perasaan anda jika kegembiraan anda diragut dengan kedukaan . Senario seperti didalam akhbar ini bukanlah satu pekara perlu diambil remeh tapi ianya merupakan satu aspek keselamatan yang perlu dipandang serius. Berapa ramaikah diantara kita yang sedar akan pentingnya keselamatan ketika berada dan menggunakan kemudahan sukan dan rekreasi milik awam? Berapa ramaikah diantara kita yang mengambil endah dan mengamati kebolehkepercayaan terhadap kemudahan dan peralatan yang diguna selamat dan sesuai digunakan? Berapa ramaikah diantara kita yang prihatin dan sedar mengenai keselamatan penggunaan permainan kanak-kanak? Adakah kita memeriksa kemudahan atau alat itu masih berfungsi dan tidak mendatangkan mudarat sebelum penggunaan oleh anak anda atau anda sendiri? Atau Adakah anda melaporkan kerosakan kepada pihak berwajib? dan Apa tindakan mereka.... ???????????? Kalau begitu caranya.... apa peranan kita dalam memastikan keselamatan diri dan anak-anak terjamin ketika menggunakan kemudaha...

JANGAN SAMPAI JADI BEGINI

Dalam menguruskan sebuah kompleks renang pihak pengurusan perlu prihatin dan ambil tahu mengenai kepentingan penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan. Pemeriksaan rutin dan berkala perlu dilakukan mengelak kejadian yang melanda beberapa kemudahan sukan milik awam tidak berada dalam tahap yang membanggakan. Boleh dikatakan banyak kemudahan sukan dan rekreasi awam di Malaysia kebanyakkan tidak diselenggara dengan baik hingga menyebabkannya tidak boleh digunakan. Tiadanya rancangan penyelengaraan yang baik menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah pertuntukan yang besar bagi menyelenggarakan kemudahan yang rosak dalam skala yang besar. Bayangkan sejumlah peruntukkan ini jika boleh djimatkan, boleh dimanfaatkan kepada program-program pembangunan sukan dan rekreasi ke semua peringkat masyarakat. Kalau begini caranya, pihak berkuasa temapatan perlu mengambil inisiatif terhadap kepentingan penyelengaraan bagi semua kemudahan sukan dan rekreasi awam.

KOMPLEKS SUKAN AIR TRONOH TERBIAR

Ketika persiapan sukan SUKMA sekitar tahun 1994 kerajaan negeri Perak telah meluluskan pembinaan kompleks ini yang menelan belanja RM8 juta. Yop, cuma nak mengajak mereka yang mungkin merasakan bagaimana kompleks ini boleh terbiar sepi hingga tidak terurus dan akhir terbiar hingga kini. Pembinaanya memenuhi aspirasi dan hala tuju yang terkandung dalam dasar sukan negara iaitu menyediakan kemudahan dan fasiliti sukan bertaraf dunia kepada masyarakat. Tapi kalau begini caranya.......................................... Yop cukup terpanggil untuk memberi saranan untuk memberikan kompleks ini nafas baru melalui program usahama bersama universiti yang menjalankan kursus-kursus pengurusan sukan. Barangkali ada kaedah yang boleh diterapkan bagi mengidupkan semula kompleks ini dari dibiarkan sepi. Sebagai masyarakat yang prihatin mungkin ada saranan dari kawan-kawan bagaimana untuk memulihkan keadaan ini. Kalau begitu caranya............